Wednesday, October 10, 2012

~ TeMBaKaU~

Assalamualaikum w.b.t...

sudah beberapa bulan tidak bersua di alam maya, tangan ini seakan kaku untuk menari diatas papan keyboard yang hampir 5 tahun berjasa. Alhamdulillah aku masih lagi di bumi kenyalang menjalankan amanahNya. Suraya Harun masih gadis musafir yang datang berkelana membawa 1001 harapan dan impian. Episod kali ini berkaitan dengan tajuk di atas "Tembakau" atau dalam bahasa Inggerisnya "Tobacco". Kisah ini bukan berkaitan rokok/cerut mahupun hookah, tapi kisah seorang pencinta seni yang amat aku kagumi............ iaitu   "Kartunis Tembakau".  Aku tujukan khas entry ini buat saudara Azhar Bin Ahmad ^-^

Kali ini aku ingin berkongsi "buku" yang membuat aku gila sejak di bangku sekolah. Maaf, aku bukan manusia ulat buku yang meminati kejadian cakerawala kaji bintang seperti karya Leonardo Da Vinci "Codex Leicester" mahupun buku terlaris di dunia "Harry Porter" karya J.K Rowling. Jauh sekali digelar "kaki novel" walaupun di asrama dulu dikelilingi sahabat-sahabat yang sememangnya hantu novel.  yap, aku sememangnya peminat tegar Majalah Ujang!!! hehehe =p
Majalah Ujang 
Semua orang ada buku kegemaran masing2. Ramai yang beranggapan aku termasuk dalam senarai "penggila" novel! mungkin subjek kesusasteraan yang dipelajari dulu sedikit sebanyak mempengaruhi penulisan. Untuk pengetahuan kalian, hanya 2 buah novel sahaja paling aku minat dan mampu memanah lubuk hati dan memacu keindahan plot cerita yang menarik iaitu 'Ombak Rindu" karya Fauziah Ashari dan "Tunggu Teduh Dulu" karya Faisal Tehrani. Seolah-olah akulah watak utama Nurul IzzahSalsabila Fahim dan Kartini yang menjadi nadi penceritaan itu.  (bermonolog seketika).


********************************************************************************


Masa zaman hingusan dulu, abang aku yang ke 6 begitu obses dgn Majalah Ujang. Maka tiap-tiap bulan beliau akan menggunakan wang saku yang dikumpul setiap hari untuk membeli Majalah Ujang dan Apo, terutamanya bila ada Edisi Bumper yang agak tebal itu. Edisi Bumper dikeluarkan bila ada sambutan2 penting kat negara kita. Contohnya kemerdekaan, perayaan dan sbagainya. Tambahan lagi, beliau dianugerahkan bakat melukis kartun. Adalah menjadi perbuatannya bila semua buku sekolah n dinding rumah kami dilukis pelbagai jenis karakter kartun. Lalu, setiap kali aku pulang dr asrama di hujung minggu, benda pertama yang aku cari sebelum makan nasi ialah Majalah Ujang! ^_^




Kartini

Pandangan awal aku secara peribadi, majalah kartun ni membuang masa n hanya sekadar suka-suka, hanya mampu menerbitkan nilai ketawa dan membuat si pembaca sekurang2nya tersenyum. Tiada nilai estetika yang mampu digarap. Namun segalanya berubah bilamana aku membaca dan mengenali karya Kartunis Tembakau melalui Majalah Ujang di sudut "Love Story". Bagi aku, ada perbezaan tersendiri antara novelis n kartunis. Bidang penulisan merupakan bidang yang abstrak. Novelis menggunakan imaginasi untuk mengilhamkan cerita menggunakan kemahiran penulisan yang tinggi dan bahasa yang puitis dan melankolik. Mereka mampu bercerita secara terperinci, memberikan gambaran suasana yang seolah-olah wujud di alam realiti dan mempunyai makna serta mesej tertentu. Cuma, bergantung pada seseorang individu sama ada jalan cerita itu sampai atau tidak. Oleh itu, ciri-ciri yang ada pada novelis inilah yang aku temui dalam karya Kartunis Tembakau yang bertajuk ''KARTINI". Tambahan lagi, jika kita amati muka depan (cover) sesebuah novel, Typikal Malay Love Story mengimaginasi ketampanan watak lelaki yang tiada tara dan kejelitaan watak wanitanya yang tidak terbanding. Di samping nama watak yang ada "value" disitu. Contohnya Carl Zafran, Adam Haris, Salsabila Fahim atau Ain Hawanis. Tapi berlainan dengan karya cinta kartunis Tembakau, karakter hero digambarkan tersangatlah tidak hensem tapi heroin sangat cantik, diulangi sangat cantik! dan nama watak hero heroin pun bak kata orang Perak, ' idok semenggah"/ idok gelemer pun iaitu Ariyon n Kartini. Walaupun sudah melebihi 10 dekad berlalu, jalan ceritanya masih segar dalam ingatan, cinta agung yang dilalui manusia bermula zaman sekolah hingga menginjak dewasa. Di sini aku mula mengerti maksud "kesetiaan hakiki", seolah-olah akulah gadis itu. (maaf, perasan seketika)

Entah kenapa hati aku begitu teruja dengan Kartini. Bagi aku, semua karakter yang dilukis Tembakau seolah-olah wujud di alam realiti. Watak Yon, Kartini, Halim, Pab dan Akai, persekitaran sekolah, asrama amat kena dengan ilustrasi yang digambarkan pencerita. Tambahan lagi, cerita ini adalah adaptasi dari kisah benar penulis. Percintaan antara Ariyon dan Kartini membuatkan aku terpana! Mungkin gambaran lokasi yang berlaku di asrama sebuah sekolah agama membuatkan aku wujud bersama cerita itu. Ya, kerana aku juga menemui kematangan di dalam persekitaran tersebut. 



Aku tidak tahu bagaimana untuk mulakan kisah cinta Yon dan Kartini. Entah dari sudut mana untuk mula bercerita. Hmmm sebenarnya, ini kisah cinta Yon sahaja. Cinta yang bertepuk sebelah tangan. Betapa Yon bertahun-tahun setia menanti pintu hati Kartini terbuka untuknya. Namun tidak kesampaian juga. Yang pasti, penceritaan di alam maya tidak sama apabila kalian mengikuti melalui buku Kartini sendiri! Ilustrasi yang digambarkan seolah-olah hidup, disuntik psikologi pembaca dengan baik sekali, plot, watak perwatakan, latar, sudut pandangan dan sebagainya. Di sini aku sertakan "quote" atau petikan kata-kata yang mungkin memberi makna berbeza buat kita.

~~Tidak akan kamu berperasaan gundah gulana walaupun sekali, jika kamu tahu apa yang dicari ~~

~~ Walaupun kau rentas seribu padang....
walaupun kau tempuh seribu rimba....
walaupun kau harung seribu paya....
jika niat kau untuk lari daripada aku...
kau tetap akan berjumpa aku, yon.... ~~

~~ Tapi apa yang kita paling nak,
itulah yang kita takkan dapat ........ Kartini ~~

~~ Kartini hanyalah sebuah nilai untuk aku mencari cinta, Bahkan aku sedar dari ilusi dan angan-angan yang realiti itu lebih indah jika kita sentiasa bertanyakan soalan yang betul dan menghargai apa yang dianugerahkan. Berterusan mengharap akan kebaikan dan ikhlas adalah kunci kehidupan~~

~~Kartini hanyalah nama. Kartini hanyalah simbol. Kartini menjadi satu batu tanda untuk aku memperolehi apa jua kebaikan hidup yang ditawarkan untuk aku~~


Dan kenapa kali ini aku menghasilkan entry khas buat "Tembakau"? kerana setelah 8 tahun kemudian, iaitu pada hari Jumaat yang lalu baru ku tahu Tembakau menerbitkan sambungan cerita Kartini yang bertajuk "Kartini Kembali". Terima kasih buat ex hosmateku tersayang, Hidayaah yang sudi meminjamkan cerita ini buatku. (mungkin kerana kasihan bila melihat aku terlompat2 ketika mengetahui wujudnya sambungan 'Kartini".


Yeeehaaaaaaaaaaaaaaaa aku gumbira, i luv u YON!!!
Sedikit perkongsian kata-kata untuk kalian. Sesungguhnya sukar mencipta jalan cerita yang indah dan mewujudkan karakter melalui penulisan dan lukisan sekaligus.  Semua orang boleh menulis, tp mampukah disertakan dgn pakej melukis sekali? yap, tidak semua manusia itu dilahirkan berbakat kan? Kartini bukan sekadar komik kartun. Percayalah!


p/s: Dalam bidang penulisan yang penuh misteri dan kesyahduan, aku berharap dapat berjumpa 3 orang pencinta seni yang aku kagumi. Novelis Faisal Tehrani, Sasterawan Pak Samad Said dan pastinya Kartunis Tembakau. Bukan sekadar meminta autograf tapi aku ingin bertanya pada mereka............... ' bagaimana mahu menjadi pencinta seni yang abadi seperti tuan?"

~SALAM~

Thursday, July 26, 2012

~ Bazar Ramadhan ~


alkisah ptg td di bazar Ramadhan Morsjaya, Miri.... 4.30 ptg...
masih berpakaian rasmi di hr Khamis : batik :)

dlm suasana hingar bingar si penjual n pembeli sdg berurusniaga,
tiba2 dtg 3-4 org manusia di tepi kami smbil memegang kamera masing2...
kmera itu dihalakan pd satu makhluk yg semmgnya tidaklah dikenali langsung siapakah gerangan... klik klik klik, bunyi kmera diketik laju.....!

sayup2 kedengaran org ramai trsenyum ke arah manusia itu smbil berkata..
" hai dato', slamat dtg ke bazar Ramadhan Morsjaya..."
dato' itu trsenyum...smbil menapak laju...melangkah terus.....dan terus...hinggalah tiba btl2 di hadapan kami...... "siapakah dato' ini?(getus hati aku smbil mata melirik kpd makanan disitu, gurlpp!  terliur air tebu daaaaaaaaaaaaa)

dato' itu menyapa aku, mata kami bertentang! (muzik dr mesin tebu kedengaran tika ini seolah2 memahami pdangan pertama kami tika itu) chewah!hahaha puiii...

kelibat susuk tubuh mgkin di angka 50-60 tahun, berkarisma... bermata sepet... mempunyai bodyguard2 yg "agak" kacak n pastinya berbangsa Cina!
lagak gaya seperti org2 berkedudukan, org2 berjawatan, ataupn org2 berpangkat (hati aku menduga)......ting!! ya......................... YB a.k.a wakil rakyat kwasan ni kot lalu tanpa membuang masa,  beliau terus menyapa...... " helo, apa khabar? beli apa tu? dr mana?"...
lantas kami menjawab stiap titipan soalan itu dgn santun ala2 gadis Melayu terakhir.. ngeh2..

stelah penat menjawab soklan slama 1 mnit itu (3 soalan je pown), dato' itu trus blah dr situ ( errr ayat sopannya "berlalu" dr situ)... dan sekilas aku terpandang wajah2 cameraman yg ramai itu lantas hati aku terdetik.. " xkanlah YB just tanya khabar je kottttt, mungkin ini masa yg tepat utk menduga wakil rakyat ini"...................

"errr dato'!... (dato' 2 pandang aku)

aku : dato' sihat kah hari ini?"
dato: ya, sihat2... kamu?
aku: ya.. sihat...errr dato'!  kami puasa ni... dtg jauh dr smenanjung! xkan xde nasi2 free dato belanja kami kot?
(ayat kasi kemas, disusun rapi, wajah ala2 sugul keletihan berpuasa....mase ni kwn aku dh tahan gelak)
dato" : dgn muka yg agak xsangka permintaan sbegitu dr gadis santun sperti kami dan terus berkata " errr, oooo puasa kah..bagus2.. dtg dr mana?
aku: Terengganu...
dato: ok2, mau makan apa? kuih2 ada, tgk2...
aku : kuih kami buat pembuka selera je dato, nasi tu hidangan utama... ( ade ke pelawa kuih jerr, cisss)
dato: owh yaka, ok2.. kamu mahu nasi apa?
aku: trpandang nasi yg sgt mnyelerakan...terus mndekati gerai itu smbil berkata..
"nasi ayam dua" ( dua terus xtahan tu, kena ingat kawan jugak ok!), sdikit kuih muih n air...... (tambahan)
dato: owh ok2... smbil mengeluarkan duit dr poketnya.... !
(agak berkepuk duit beliau n sdikit penyesalan sbb aku xpilih nasi Arab yg berharga rm8 sebungkus itewww)


.....end of story...........


kesimpulannya, save la bajet kami utk berbuka puasa hari ini ^_^

moralnya : wakil rakyat bekerja untuk rakyat...mereka "wakil kpd kita".............so jgn malu n segan mahupun  buat2 xnampak jika beliau berdekatan dgn kita, mintalah apa sahaja utk kebaikan bersama.. hahahaha.....takbirrr!!







sekian karutan utk hari ini.. chow~









Thursday, June 21, 2012

~ aku sayang ~

saat berjauhan dgnmu..
hati ternyata sendu..
mahu mengikis rasa rindu..
namun xmampu..
ku turuti langkahan itu..
terus-menerus menuju..
kenangan itu dtg bertalu..
biarlah, biarkan ianya berlalu..

dulu aku terlalu dhaif,
xmengerti permainan duniawi,
rupanya smuanya menjerit diri,
penyesalan demi penyesalan menggamit hati,
Ya Allah aku bermohon skali lagi,
Tolong bawa aku jauh dr sgala perasaan ini,
Yang pasti tiada sesiapa mahu ingati...


rata-rata melihat cuma,
kita jua yg merasa,
1 soalan utk tuan hamba,
kenapa kau memilih menjadi tukang pancing?
yang mampu memperolehi ikan2 merata,
tp tidak mampu utk memelihara..
pandai kau mengail, pandai lepaskan pula..
mata kail itu sgguh tajam,
kesian si ikan yg cedera,
dia juga makhluk di dunia...
sama macam kita....




~ sungguh aku rindu ~



Saturday, June 2, 2012

~ BeRdIkArI Di bUmI MiRi~

Assalamualaikum.........pagi Ahad! hening...

Jika dihitung, sudah 11 hari jasad dan rohku di bumi Miri. Alhamdulillah segala-gala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam! ya, aku masih sihat walafiat utk menghambakan diri pdNYA.

25 Mei 2012/8pg..

Kami bertujuh "diarahkan" ke sekolah utk memulakan "orientasi" selama 2 minggu. Dengan semangat yg berkobar-kobar, langkahan besar kami soroti hari itu menuju ke gedung ilmu, Smk Riam. Suasana dinihari sangat asing, badan seolah-olah tidak bersetuju dengan keadaan itu. lemah! mungkin perubahan cuaca barangkali. Jika diimbas kembali, sejak berada di ibukota lagi jasad seakan enggan meninggalkan bumi semenanjung! demam?

Pagi itu, kami "menumpang" kereta Cikgu Hidayah yg berasal dr ibu kota Kuala Lumpur. Pesan beliau, di sini agak ramai "anjing" berkeliaran, hati2. kami angguk tanda faham! dan sementara mendapat rumah sewaan yang baru, kami menumpang teduh di rumah beliau seketika. Terima kasih Cikgu Dayah! lagak gaya persis sahabat lamaku di Upsi dulu. lemah lembut+sopan+baik hati+tidak berkira dan ya! manis orangnya. Kereta menyusur laju meninggalkan halaman teduhan walau hati ini amat merindui "katil" dan terbayang2 akan bantal empuk di rumah tumpangan itu. Kami terus menuju ke sekolah.

Arahan yang dikeluarkan oleh Cikgu Catherine membantutkan lamunan kami. Hari pertama dilalui dengan menyiapkan kerja-kerja tukang kebun yang terbengkalai. Kami perlu "menimbus" semula lubang-lubang di padang bola tampar yg dibimbangi akan membahayakan pelajar-pelajar jika terjatuh!. Arahan itu sedikit asing bagi sesetengah sahabatku. Mungkin agak terkejut dengan kudrat yang masih tidak dapat menerima persekitaran baru, kini perlu melakukan kerja-kerja seperti itu. Aku ketawa kecil sambil memberikan ekspesi wajah yang agak comel. "rileks la kwn2, kerja cikgu bukan hanya mendidik, segala-galanya kerja kita!ayuh, jgn spoilkan hari pertama ini, bukankah 1st impression itu penting?" berseloroh skali skala smbil disahut kata setuju oleh rakan2.


wajah-wajah ikhlas di hari pertama orientasi=p



Kami tidak menunggu terlalu lama, terus membontoti seorang "makcik" yang banyak tahun mengerah keringat di sekolah itu sebagai "tukang cuci". makcik itu berbangsa Iban, aku mengambil peluang untuk berbual mesra dengan beliau. Kata makcik, anak lelakinya juga seorang guru, tinggal di semenanjung dan berkahwin dengan seorang wanita Islam. Dengan wajah yang memerlukan penjelasan, aku melontarkan persoalan. "makcik, agak biasakah campuran agama di sini dlm 1 kluarga?" . makcik itu cuma tersenyum! dengan bahasa yang sedikit sukar untuk difahami dan terpaksa di ulang2, makcik itu menutur lembut mmberikan penjelasan! "makcik tidak kisah siapa pun pilihan anak makcik, yang pasti asalkan dia bahagia. Menantu dr agama/kerja/kturunan apa pn makcik xkisah". Dengan jawapan makcik itu, fikiran aku terus menarawang. "alangkah indahnya jika para ibu bapa hari ini memberikan "kebebasan" buat anak2 untuk memilih teman hidup. tidak terkekang lgsung dlm soal agama! kebebasan disini bkn bermaksud memilih men"khinzir" buta, tp tidak menyekat jika perbezaan agama berlaku! contohnya jika psangan mereka berlainan agama, ajak dan pandu untuk mengenal "Islam". mudah bkn? (mengimbas kembali kenangan ketika brkawan dgn seseorang yg beragama Hindu). sgt baik+romantik wlau sketika cuma. 

kunun-kunun =p
Hari itu kami menunjukkan pandangan pertama yang agak "cemerlang". Kerja-kerja yang diberi alhamdulillah dapat dilakukan dengan baik walaupun beberapa kerosakan telah berlaku. kereta sorong bengkok+cangkul patah dan sebagainya. Kami berharap dengan sikap dedikasi dan semangat juang yg tinggi dlm menyiapkan tugasan itu dapat menutup setiap  kerosakan yg berlaku. ngeh ngeh ngeh =p

Hari itu kami isytiharkan "hari letih sedunia". Kepenatan mengangkat beg dr smenanjung ke bumi borneo masih belum hilang!oleh kerana itu, buat sekian lamanya tidak menjamah nasi pd malam hari, akhirnya ku akur jua atas desakan "kelaparan". Kami menapak laju ke satu2nya restoran makanan halal di kwasan perumahan kami "Sugar Bun". Jika dilihat nama dipangkal akhir "bun" yg bermaksud roti. Ternyata di sini tiada sejenis roti pn yg dijual, tp ala2 KFC. yg mmbezakan hanyalah terdapat banyak jenis nasi dan sup2 yg begitu menyelerakan. jika teruja dan mahu cuba, taip on SUGAR BUN n hntar ke 54321 utk servis penghantaran!=p

menu: nasi putih dan sup cendawan


Dan hari-hari yang berlalu dengan biasa-biasa sahaja. Mungkin masih dlm "mood" menyesuaikan diri. Cikgu Dayah pulang ke kg halaman dan kami terpaksa berjalan kaki merentas benua utk ke sekolah. Fikiran menerawang akan titipan Cikgu Dayah agar berhati2.  katanya "banyak anjing" di sini. ya, di setiap hari dan bakal disusuri, kami pasti berdepan dengan keadaan ini. Setiap kali melintasi jalan ke sekolah, mulut masing2 laju terkumat kamit membaca Ayat-ayat suci Al Quran, kadang2 makhluk ini sengaja berpeleseran lebih dekat dengan kami. Mahu berkenalan agaknya, kata sahabatku. Wahai makhluk bumi, berikanlah sedikit ketenangan utk kami lalui jalan ini ke sekolah stiap hari!~ pelissssssssssssssssssssssss...........!!

lorong ini yg terpaksa ditempuhi utk ke sekolah!
ni baru 2 ekor, skalo 5-6 ekorr, uwaaaaa
Setakat ini sahaja untuk kali ini, jumpa lagi di lain entry. Terima kasih kerana "membuang masa" membaca karutan aku. Harapan aku agar kalian mendoakan akan keselamatan dan kesejahteraan kami stiap kali ke sekolah agar jauh dr malapetaka terutama oleh makhluk2 di atas. sekian. Assalamualaikum.........











Thursday, May 31, 2012

~ PeRjALaNaN ItU EpIsOd 2 ~

21 Mei 2012/10.50 pagi

Cepat-cepat aku melangkah masuk ke dalam perut bas, juraian airmata masih lg deras merembes!pemandu bas itu melihat aku dengan perasaan yg cukup simpati, di benaknya mungkin mahu bertanyakan saja "kemana sebenarnya langkahanmu??" namun dengan dengusan laju aku menyeka airmata terus membantutkan prtanyaan itu.  kasihan barangkali. Sengaja aku memilih tempat duduk di tepi tingkap walaupun angka di tiket mencatatkan tempat duduk aku nun jauh di belakang sana. segera aku melemparkan barang-barang ke atas kerusi empuk, bersepah! aku tidak mahu melepaskan memori ketika meninggalkan mereka walaupun sesaat cuma. mereka melambai-lambaikan tangan mesra, bonda masih lg menyeka airmatanya dengan tudung labuh yg baru aku hadiahi, manakala ayahanda dan ipar duaiku hanya menguntum senyuman hiba hinggalah mereka hilang dr pandanganku......


21 Mei 2012/2 ptg


3 jam masa berlalu, Gua Musang telah aku lepasi, mungkin sketika lagi susur jalan yg dilalui akan sampai ke Kuala Lipis. Pemandangan yang menghijau menyejukkan jiwa, daun2 berguguran dan sekali sekala terlihat pipit rendah berterbangan, seolah-olah memahami akan serikandi ini sedang dalam kehibaan. Ketahuilah, saat ini aku masih lagi berhujan airmata. sungguh!  aku tiada kudrat untuk melawan ksedihan itu, taktkala ini banyak mata-mata yang melihat aku dgn wajah simpati, melihat aku dgn wajah 1001 pertanyaan dan melihat aku dgn wajah kehairanan! ya, ingin saja aku brterus terang pd mereka yang aku memerlukan sdikit pertolongan utk memotivasikan aku!  aku mencapai alat prhubungan, trus menekan angka yg agak biasa aku hubungi slama ini, sahabatku dunia akhirat......Zue. aku melemparkan soalan dlm tangisan itu, mengapa bonda menangis di saat ini wahai sahabat?bukankah ini kejayaan aku sahabat? mampukah aku bergelandangan tanpa sesiapa menemani di bumi borneo sahabat? soalan diaju bertalu-talu......dan ketahuilah, aku tidak salah memilih sahabat! seorang gadis "warak" memberikan motivasi yang di selitkan kata-kata nasihat yg padu terus meredakan hati aku yg berkecamuk tika itu. benar! aku sememangnya terkesan dgn nasihatmu sahabat. kata beliau, airmata mereka itu bukan airmata sia-sia! malahan tanda betapa bangganya melihat kejayaan aku yang pernah tersungkur 1 ketika dulu dan kini telah merealisasikan impian mereka!ya, kau telah berjaya sue!! terdiam aku mendengar bebelan+nasihat+motivasi dan semangat itu. agak lama masa kami di talian dan perbualan kami diakhiri dengan tawa di penghujung. zue, aku bertuah mengenalimu 15 tahun ini! selang beberapa ketika, alat penghubung manusia itu bernada lagi. suara yang biasa di dengari di hujung talian sudah tidak asing, siapa lg kalau bukan kakak tercinta yang menjadi motivater paling unggul dalam hidupku! trima kasih kak ja di atas nasihat itu. Agak lama masa berselang, lagi aku dihujani panggilan dari insan-insan yg tulus menyayangiku, bapa saudara/abang-abangku dan sahabat seprjuangan! terima kasih ya Allah kerana aku dikelilingi insan-insan yg tulus menyayangi! sungguh tidak jemu kalian memberi nasihat pdku sedari dulu !syukran jazilan............


21 Mei 2012/5 ptg


Sepanjang perjalanan, tiada makanan berat yg bisa mengecurkan lidahku dan mampu mengalas perut yg tidak berisi sejak dinihari ini. yang ada, hanyalah sekeping roti dan air kotak yg bisa membasahi tekak. tiada selera, termenung! .....................................Aku tiba di Putrajaya Sentral dengan langkahan besar. beg bertayar di sorong laju, beg galas yg agak berat dengan barang2 telekomunikasi dan beg bimbit yg penuh dengan alat2 mengandam diri. Seketika berteleku sejenak, kekanda tersayang tiba! abang dan kakak ipar serta si penawar hati mereka, Haziq menuju ke arahku laju. "dh lama adik sampai?" terus melontarkan persoalan. "dalam 10 minit berselang" jwbku. "owh sory, jln jem dik. ok jom". aku membontoti beliau hingga ke kenderaan bertayar 4 itu. Seakan mengetahui diri aku yg sarat dgn kesedihan, abg memberikan sdkit kata-kata semngat. "masanya dh tiba dik, adik kena jd orang dewasa dh loni, adik kena kuat, adik perlu melangkah!"......."insyaAllah be" jawabku ringkas, sambil menyembunyikan getar suara halus yg jikalau tidak dibendung, pasti hujan airmata turun lagi. "cukuplah!aku perlu malu dgn kakak ipar baru itu" getus hatiku lantas menenangkan diri seketika.


23 Mei 2012/7 pg


Ibu Kota, bandaraya Kuala Lumpur................


Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Kami bertolak pada angka 7 pagi ke Pearl International Hotel. Dengan jalan yg bersesak, manusia berlari-lari menghambat waktu, memberikan aku sdikit kerimasan! ahh, inilah Kuala Lumpur. bkn jiwa aku, andai ada insan memandang sinis akan kekolotan aku, biarlah! kerana aku tahu ibukota ini tidak senada dengan alur jiwa aku. aku perlukan ketenangan dan di setiap usai solatku, aku sentiasa memohon agar ditempatkan di tempat yang mampu menenangkan hati, mampu memberikan aku peluang untuk bernafas dan mampu menjauhkan hati aku dr maksiat serta pengaruh-pengaruh asing! sungguh aku takut. kerana aku manusia biasa yg bisa terpengaruh. Alhamdulillah, sejak ditempatkan di suluh budiman, Universiti Pendidikan Sultan Idris lg aku  panjatkan kesyukuran. biarlah kata orang gedung ilmu ini tiada hiburan, hanyalah kelapa  sawit memenuhi. tapi bagi aku, tempat ini tenang. jiwa aku disini. ya, jika dihitung, tidak sampai 5x aku menyusur ke Kuala Lumpur dr Tg Malim. itupun dengan bertujuan, menyiapkan latihan ilmiah (tesis). Walaupun pada waktu pengajianku, rakan2 lebih "up to date" dengan menghabiskan hujung minggu di sana, namun aku lebih berminat menghabiskan waktu di Tg Malim membantu cikgu yang ku anggap seperti ayahanda sendiri berniaga "potato spring" di pasar malam. masih ingatkah anda akan wajah comel ini? maaf, menggedik seketika.


kenangan terindah 
23 Mei/9 pg


Kami diberikan taklimat penempatan, pihak-pihak berwajib menjalankan amanah dengan jayanya. Terima kasih. tika ini sayup2 muncul para sahabat/rakan taulan yg sama-sama diberikan amanah seperti aku, wajah-wajah yg biasa dilihat datang menerpa sedikit sebanyak mengurangkan jiwa yg kesedihan. ya, sekurang-kurangnya aku berteman. ramai, dan tidak asing! taklimat berlanjutan hingga ke malam, gelap. badan aku menunjukkan reaksi kurang bersetuju dengan keadaan itu, lemah! mungkin ke arah simpton-simpton "demam" akan berlaku. manakan tidak, dengan barang-barang yg begitu banyak di angkut ke sana ke mari, huh, agak lama aku tidak melakukan kerja-kerja berat itu. tapi memikirkan tiada insan lain yg datang membantu, aku akur jua. 


24 Mei 2012/5 pg


Menanti subuh dengan sabar! mata tidak mampu untuk lelap walau seketika cuma. dan aku mengambil peluang itu untuk mengemas baju-baju yang masih belum terlipat. seketika ini fikiran menerawang mengimbas kembali pesanan bonda. "aya, duk sano kkgih jago kain baju, lepas basuh terus lipat, sluar/baju/kain batik  ada cara lipatannya" smbil menunjukkan demonstrasi lipatan kain . hehehe, bonda aku mmg suka berjenaka, tp kadang kala agak tegas! hmmm, terima kasih segala-galanya bonda.


24 Mei 2012/9.30 pg


Sedikit kelam kabut, kami bersiap2 menuruni lif ke tingkat bawah, menanti kedatangan kenderaan bertayar 8 menuju ke KLIA. Alhamdulillah, masih terasa kekenyangan dengan hidangan sarapan "nasi lemak" pg td. sayonara pearl international hotel. mungkin kita akan bersua lagi nnti. Selang beberapa ketika, kami tiba di lapangan terbang yg akan membawa kami "terbang" ke bumi kenyalang! dan aku sangat teruja untuk itu. ya, aku hanyalah gadis kampung! mungkin tidak sebertuah sahabat lain yg pernah menaiki kapal terbang itu. inilah pengalaman pertama bagiku, akhirnya............................ dengan sedikit "kejanggalan" suasana itu, aku sekadar mengikuti gerak langkah sahabat2 lain. "lain benar proses utk belayar ya"getus hati ini. 


24 Mei 2012/ 4 ptg


Kami tiba di Lapangan Terbang Miri, disambut oleh PK Hal Ehwal Murid, tanpa membuang masa, kami terus menuju ke gedung ilmu tempat kami curahi khidmat bakti nanti! ya, pandangan pertama ku lewati ke segenap ceruk kawasan skolah itu. Alhamdulillah, cantik! guru-guru dan pihak pengurusan yang sangat baik hati, trima kasih ya Allah kerana menempatkan kami di sini. ikhlasnya, aku gembira.


SMK RIAM, TAMAN TUNKU, MIRI, SARAWAK
Tuntasnya, di sini sahaja coretan ku titipkan buat kalian. semoga bersua lg di ruangan yg lain, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca contengan dan karutan dr gadis yg biasa-biasa mcm aku. syukran! 




madah terakhir buatmu: cinta dahulu amat menyakitkan, aku berdoa utk tidak melaluinya lg. bila ada pihak yg berusaha utk cuba mengetuk pintu hati, aku seakan takut. takut andai mreka tidak mampu untuk setia. lalu, aku menutup rapat2 peluang itu. ya, aku sedari yg aku tidak secantik Balqis, tidak seindah akhlak Siti Khadijah dan tidak kuat seperti Hajar! namun aku berusaha untuk itu, mungkin dengan "bimbinganmu"! aku yakin!  
^_^

Assalamualaikum................................


























Sunday, May 27, 2012

~ PerJaLaNaN ItU ePIsoD 1~

27052012/10.50 gelap...

Assalamualaikum W.B.T... 
semoga sahabatku di luar sana sentiasa dipayungi dan diredhai Allah S.W.T.

lama benar aku x menggodek blog ini, mahu melalut dan membuang masa tp malas utk menaip. Hari ini sedikit masa ku tuntunkan ke ruangan blog, mungkin ada insan di luar sana yg mahu mengetahui prkembangan aku...........................................................tp siapa?

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan sekalian alam... bumi dan segala takluk jajahan ini bertuan, dan milikNYA yg kekal abadi. Aku masih gadis biasa, masih seperti dulu..hina+daif+kerdil dan bnyak dosa... ya Allah pimpinkan aku ke jalanMU... utuskanlah pemimpin yg "mampu" memimpin aku ke jalan yg KAU redhai... kerna aku mahu mencium wangian syurga itu...

27 Mei 2012..

sudah 4 hari berada di borneo.. meninggalkan tanah air tercinta utk meneruskan amanah drNYA.. bumi Miri aku jejaki, sayonara besut! dan status aku telah bertukar kini sebagai "arkitek manusia" yg memanusiakan manusia...insyaAllah! guru/cikgu/pendidik adalah impian ayahanda, aku telah berusaha sedaya upaya ke arah itu walaupun dalam benar ragutan jiwa mahu bergelar seorang anggota polis. ya, aku ikhlas merealisasikan impian ayahanda... keranamu ayah bonda, tiada gunung waima lautan luas yg dapat menghalang apa jua yg mampu membuatkan kalian bahagia...

21 Mei 2012/9 pagi..

Aku meneruskan "gelandangan" ini dgn perjalanan ke ibu kota. Baru beberapa ketika berakhirnya konvokesyen, aku menerima "amanah" besar utk berkhidmat di Miri, Sarawak. Hari konvokesyen disusuri dengan perjalanan yg agak jauh besut-genting-tg malim-cameron yg telah "menganggu" kesihatan ayahanda. benar, doktor (perawat manusia) telah berpesan. "ayah kamu tidak boleh berjalan jauh, kondisi kepekatan darahnya tidak membenarkan perkara itu". Namun, kerana kedegilan dan "paksaan' aku seperti anak kecil yg merengek hiba meminta ayahanda utk menghadirkan diri. Ayah, ijazah itu utkmu.... Lalu, dengan kejadian itu terus aku membuat keputusan drastik untuk berkelana seorang diri ke ibu kota tanpa sesiapa menemani. Buat kekanda-kekanda yang ingin menghantarku, sudah tiba masanya utk aku hidup berdikari, tiba masanya untuk aku berdiri di atas kaki sendiri dan tiba masanya untuk aku kenal apa itu erti hidup di muka bumi. lama benar aku membebankan kalian selama ini, terima kasih atas segalanya.

21 Mei 2012/10.30 pg

Katanya pegawai bas "Mutiara" itu, kenderaan bertayar 8 akan tiba pada pukul 10. sudah setengah jam penantian berlaku! dengan barang yg di bimbit kiri dan kanan, aku ditemani srikandi-srikandi ipar duaiku, kakak tersayang, abang-abang, serta cinta hatiku ayah dan bonda. saat menanti bas aku tenangkan jiwa untuk mengelakkan hujan airmata merembes. Aku berpura-pura tabah di saat melihat mia dan najwa berlari-lari anak di sekitar tapak menunggu itu. Ketahuilah, saat ini aku berdepan dengan emosi yg maha dahsyat. saat meninggalkan insan-insan tercinta. aku cuba, aku bertahan tp.......


kesayangan hamba
21 Mei 2012/ 10.45 pg

Bas sudah tiba, ayah segera membimbit beg-beg kedalam perut bas! sekali sekala kakak ipar cuba mengambil gambar aku, katanya mahu dijadikan kenangan bila berjauhan nanti. haha, trima kasih kerana mmbuatku bahagia.
Pemandu itu bertugas dengan sopan, memanggil aku seraya berkata "dik, bas dah mahu gerak". aku berpaling manja ke arah bonda, bonda tersenyum. kakak tercinta melihatku dgn redup wajah yg menyembunyikan 1001 ksedihan. aku mencapai laju tangan ayahanda, aku mencium rapat2 sambil menitipkan pesanan manja..." ayoh, kito nok gi jauh ni. ingat deh make ubat tu, jange wat xmake, doa ko kito ayah deh, lepas ni kito xleh dh la buh ubat tange ayah tiap2 pg n ptg, kito xleh suapkan ubat ko ayah dh!ni kito nk g kijo utk ayah nga mok ni".... ayah aku mengangguk tanda faham lalu aku mencium kedua belah pp dan dahinya sekali. dan saat inilah "drama" bermula. kakak aku xdpt membendung lg apa yg dikandung dan ditahannya, terus meluru laju ke arahku dan memeluk rapat sambil berjuraian airmata itu. aduh, mengapa kakak menangis? aku tidak mampu melihat insan kesayanganku merembes airmatanya, ya airmata aku jua akhirnya tumpah bersama. pesanan kakak dan abg tercinta serta ipar duai masih terngiang2.....


# adik, jaga diri molek...
# adik, kak saye ko adik.. adik jange make rato2..make rmh jah, jange keda..bahayo sano 
# adik, nk wat gapo2 ingat ko kluarga dik.. insyaAllah hidup adik berkat..
# adik, ado gapo2 ryk deh, mok ayah bia abe jago kg..adik jange rusim..
# dan berpuluh2 pesanan lg.......... lebam pp aku dicium...  dan bberapa pemuda di sbalik bangku menunggu seakan pelik melihat drama tangisan brlaku! mgkin bnyak persoalan brmain di fkiran mreka... "kemanakah gadis itu mahu pergi hingga bgitu skali salam prpisahannya??"


selesai bersalam-salaman, aku meluru ke arah bonda. Pertama kali aku melihat bondaku menangis setelah usia  aku menginjak 26 tahun. aku tidak dapat berkata-kata kerana halangan esak tangis yang padu berlaku saat itu, dadaku berombak-ombak! bonda gagahi jua untuk menitipkan pesanan buatku... "aya, mok xdok harto nk bg, mok mampu v ilmu agamo jah ko mu, lepas ni mu bwkla ilmu hk mok v tu, gunolah molek, ingat pese mok aya... jange tinggal smaye, jange tggal smaye, jange tggal smaye................... 3x bonda mengulangi "jange tggal smaye". ya Allah saat itu bergetar jiwa aku menahan kesedihan yg amat, aku cium bonda dalam2, aku peluknya rapat2, aku berpaling lembut ke arah ayahanda! lalu melihat sayu urat tua itu yg dh lama membanting tulang mencari rezki utk kami adik bradik! saat itu aku bertekad dgn nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Pengasihani, aku tidak akan mensia-siakan kedua orang tua ini. Mereka ibu bapaku, mereka kesayanganku, panjangkanlah umur mereka agar dapat aku membalas jasa yg sememangnya xterbalas itu. T_T

kisah ini bersambung... aku tidak mampu meneruskan lg, pertama kali bumi Miri aku basahkan dgn airmata malam ini. setiap kali ku ingati pesanan bonda, aku terkedu. dan tiap kali usai solatku, aku mendoakan agar mereka baik2 sahaja di sana...........



bersambung..
salam~