Thursday, February 7, 2013

~ Cinta, damailah kau di sana ~

30 Januari 2013/18 Rabiulawal 1434 Hijrah..



Penat. Peluh seharian mengangkut barang belum lagi hilang. Mencari teduhan baru tidak sesukar mengemas kotak-kotak yg menggunung itu. Aku tertidur dalam keletihan. Esok sekolah seperti biasa, rutin, amanah.

6.15 pagi

Kringgggggg......................................!!! (alarm bersuara)
Ya Allah!.........lewat....lewat........lewatttt!! dengan kepala yg masih berat, sepantas kilat aku mencapai tuala hello kitty dan bergegas ke bilik air. Waktu itu keuzuran, rehat seketika bertemu Sang Pencipta dan tiada masa untuk termenung di hadapan cermin sperti sediakala.

6.30 pagi

Siap mengenakan sutera hijau yg telah diseterika malam sebelum, berbedak dan secalit lipstik berwarna pink di bibir, aku mencapai kunci bilik di atas rak televisyen sambil mata melilau mencari kunci kereta. 10 saat kemudian mata terpana. Ya, di bawah bantal kekabu itu. Tanpa berlengah, aku tunduk mencapai kunci dan bila terbangun....

skreeeettttttttttttttt!!!!!!!!!!!!

kain belahan belakang terkoyak!! uiks, kenapa mesti trkoyak waktu ini wahai kurung? aku mengomel atas kecuaian sendiri. Rosak sutera hijau pemberian kakak tercinta. Sepantas kilat, mata tertumpu pada timbunan baju batik berwarna hitam yg bru dilipat, terus diseterika dan disarungkan segera.laju.

"Eida, kak su nk iron baju jap! '' laung aku dgn nada yg kuat pd hosmate di sebelah bilik.
"dakpe, take ur time!, awal lg nim kak su" (bersahut dgn loghat Terengganu pekat)



6.40 pagi

Kenderaan bertayar 4 menyusur laju ke skolah. Seperti hari2 sebelumnya, aku bergegas ke pejabat, mengambil fail kehadiran pelajar kelas 1A. Siap menanda, aku terus menuju ke bilik guru utk  mengambil buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 sebagai persediaan mengajar sebentar lagi.

7.45 pagi

"Amalan Berjimat Cermat". 
Tajuk pengajaran hari itu. Aku membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan besar. Tugasan mereka ialah melakonkan satu kisah berdasarkan tajuk yang diberi. Lakonan bermula dari kumpulan pertama. Semua pelajar tertumpu ke arah mereka. Khusyuk.

''Cikgu, tel cikgu bergetar?!" suara Kevin yang berada paling dekat dengan meja guru memecah kekhusyukan itu.

Dengan ketawa yg masih bersisa hasil tontonan lakonan kumpulan pertama, aku menjeling ke arah tel, terpapar nama kakak tercinta....."Sis Zaa". Seperti biasa, aku membiarkan sahaja. Adalah tidak professional seorang guru mengangkat alat komunikasi itu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. 

"Cikgu, bergetar lagi! " laung Kevin. Kali ini jelas suara serak2 basahnya.

Aku menunjukkan isyarat jari telunjuk di bibir kearah Kevin dan dia mengangguk faham. Namun, getaran itu tidak berhenti. terus bergetar seolah2 benar2 minta di angkat. Aku menjeling lagi. Paparan nama telah bertukar kepada "My Lovely Parents". Oh bonda! Jarang sekali bonda menelefon di awal pagi kecuali perkara sangat penting. Aku mengangkat laju.

Tsk tsk tsk tsk, kol abe dik..kol abe..!!!!
sayup2 kedengaran suara syahdu kakak tercinta di hujung talian. 

suara aku? hanya mampu melontarkan persoalan...
"bakpo ni? bakpo kak? bakpo nangis?ya Allah bakpo?
Teeeettt...........Talian terputus.!

Dengan wajah yg penuh tanda tanya, dan seakan memahami keadaan aku yg kelam kabut, pelajar 1A hanya diam seribu bahasa. Sunyi seketika...

Tel bergetar lagi. kali ini terpapar nama "Brother Malek". 1 nama yg tidak asing, kekanda ke 3 dlm keluarga yg menjadi sumber inspirasiku selepas ayahanda. 

" Adik, ayah xsedar! Ambek flight kelik pg ni jgk".

Arahan yg ringkas dan aku menapak laju keluar dari kelas meninggalkan anak didik yang masih terpinga-pinga utk mengerti apakah sebenarnya yg berlaku.



8.45 pagi

Lapangan Terbang Miri. 
Dihantar oleh 2 org kerani sekolah yg cukup baik pekertinya. Pertama kali pulang dengan hanya beg laptop dan beg tangan. Sehelai sepinggang. Hati berdebar-debar. Lain benar kepulangan kali ini. 

Kenapa ayahanda tiba2 tidak sedarkan diri?
ayahanda jatuhkah?
berita apakah yg menganggu ayahanda?
ya, sudah 16 tahun ayahanda berulang alik ke HUSM utk pemeriksaan jantung dan darah tingginya... tapi 2-3 hari ini ayahanda sihat walafiat! hinggakan sehari sebelum masih mampu memandu kereta ke HUSM untuk pemeriksaan rutin tiap2 bulan. 

Oh!! bertubi2 soalan menerawang dibenak membuatkan aku separuh waras dan terus mendail no kakak sulung.

''Dik, ayoh dik..ayoh............! suara kakak bercampur esak tangis.
aku diam. sengaja terus mematikan perbualan. aku tidak mahu mendengar penghabisan ayat itu. Laju kaki menapak ke kaunter AirAsia. Selesai urusan, alhamdulillah flight ke ibukota pada angka 9.55 pagi dan Kota Bharu pada 1.35 petang. Check in.





9.30 pagi


Bersedia berlepas. Tel kehabisan bateri. 1 sms masuk dr seorang kawan.

" ada ambulans depan rumah, org pn makin ramai. ayoh mu sakit ko su?''




******************************************************************************



12.40 tengah hari


Lencun. Kuyup. Basah dengan airmata. Pertama kali menjejakkan kaki ke ibukota dengan airmata yang syahdu! Batik hitam yang gelap seolah-olah memahami kesedihan aku kerana mampu menyembunyikan tanda pakaian dibasahi airmata. Oh, perjalanan dari Miri yang amat lama bagi aku. Andai diberi sayap, akan aku  terbang menyusur laju merentasi Laut China Selatan dan andai diberi kuasa memutarkan waktu, akan aku segerakan masa sesegera yang mungkin.

Masih belum check in. Flight ke KB pada angka 1.35 berbaki 45 minit sahaja. Deringan tel bertalu2.. Aku hanya mengangkat tanpa suara. X mampu. 


"Maaf cik, dah xblh check in. Masa dah suntuk! check in skurang2nya 1 jam sebelum cik.'' tegas pramugari di kaunter 56 itu. Next flight ke Kota Bharu pukul 4 ptg cik.


Terduduk di lantai LCCT.
Hujan di luar lapangan lajunya seperti airmata yg merembes di pipi. 
Aku tekad. mencuba untuk merayu.

"Cik, tolong saya cik! ayah saya tenat. saya perlu pulang segera! saya beli tiket last minit tadi di kaunter Miri n xdpt check in terus utk ke KB. tolong, saya merayu. Berapa sahaja denda saya bayar asalkan dpt naik flight skrg!! (bersungguh2 suara aku memberi penjelasan).

Manusia yang mempunyai kulit wajah yg halus dan pipi yang gebu itu memandang tepat ke dalam anak mata, seolah-olah mengerti dan simpati dengan apa yang aku jelaskan. Pramugari itu menggunakan walkie-talkie dan berbicara menggunakan bahasa penjajah. Aku membatu sambil berdoa agar dipermudahkan olehNYA.

"Ok cik, bayar RM10 dan seberapa segera masuk ke balai berlepas ya!" kata gadis itu.

1.35 petang

Flight delay selama setengah jam utk ke Kota Bharu! dan sewaktu menanti penerbangan dengan sabar, aku menerima 1 panggilan.

" Adik, naik flight dop lg? abe tunggu kat airport doh ni! hati2 bwk beg, jange wak nana la maso2 gini dik, keno soba. Ayoh kito xdok doh dik. Ayoh duk tunggu nuh. Pakat tunggu adik blako nok mandi n hantar ayoh."



Innalillahiwainnailairoji'un...........................
Harun Bin Abd Ghani...

sebagai ayahanda...
sebagai perwira ...
sebagai kesayangan... 
sebagai motivater ...
sebagai pelawak...
sebagai sahabat...
sebagai guru...
sebagai ustaz...
sebagai kawan..
sebagai doktor..

segala kekuatan/semangat/kejayaan aku hari ini kerana ayah! aku terduduk di LCCT. Tidak mempedulikan ratusan mata yang memandang. Raungan aku tika itu tidak pernah walau sekalipun aku lakukan di khalayak ramai selama 26 tahun hidup di muka bumi Allah ini.

"Ayoh, Ya Allah....... Ayoh.... bakpo ayoh xtunggu adik! bakpo ayoh?? raungan aku mengejutkan manusia di situ sehinggakan ada yang datang menghulurkan tisu dan mengurut bahagian belakang tanda simpati. Tiada persoalan dari mereka. Mungkin mengerti apa yang sedang berlaku kerana aku xmampu untuk berkata-kata.

Ya, sungguh beremosi. Datanglah sesiapa sahaja yg memberi nasihat. Datanglah sesiapa sahaja menenangkan jiwa ini, sesungguhnya aku tidak mampu berfikir dengan logik akal tika itu. Keseorangan. Di tengah2 lautan manusia. Menerima perkhabaran insan paling tersayang meninggalkan kita. Mana mampu aku tenang!

Flight ke Kota Bharu memakan masa selama 55 minit. ah, lambat benar masa berdetik. Aku termenung jauh, airmata tidak berhenti walau sesaat sejak di bumi Miri lagi kerana....

~ aku tidak lagi menjadi pencerita terhebat kepada ayahanda setiap kali pulang ke kampung.
~ aku tidak lagi tidur beralaskan lengan ayahanda hingga dewasa kini.
~ aku tidak lagi menemani ayahanda ketika makan sambil gelak bersama.
~ aku tidak lagi bangun pukul 4 pagi menemani ayah ke HUSM untuk pemeriksaan kesihatan.
~ aku tidak lagi mendengar nasihat, mendengar azan alunan ayat Al Quran sebermula subuh hari dan menjadi imam tarawih buatku.
~ aku tidak lagi mengurut ketika ayahanda lenguh balik dari kebun buah-buahan
~ aku tidak lagi ketawa mendengar ayahanda berjenaka 

tidak cukup ruang jika aku senaraikan kenangan2 dan kasih ayah! -_-



3.50 petang

Tiba di Besut. Kaku sungguh kaki mahu melangkah dari kereta. Aku di hadapan rumah usang yang menjadi teduhan kami 9 beradik. Seolah-olah seperti sebuah drama Melayu yang berlaku. Aku melihat ratusan manusia dan puluhan kenderaan di hadapan rumah sehingga menenggelamkan pokok bunga kertas yang merimbun.

Kaki melangkah laju ke tangga rumah. Ekor mata melilau mencari bonda. Kelihatan sanak-saudara sedang berbisik-bisik sesama mereka sambil memandang aku. Mungkin mereka mengiyakan kata2 bonda bahawa akulah anak bongsu dlm keluarga yang ditunggu2 pulang sejak pagi hari sebelum mandi n kafankan ayahanda.

Aku cium tangan bonda. Aku cium pipi bonda. Bonda sungguh kuat. Tiada setitik pun air jernih mengalir di pipi. Bonda berbisik mengatakan ayahanda baru dimandikan. dan aku meminta diri untuk bertemu ayahanda. Ramai sungguh mata2 yang melihat setiap langkahan ketika menapak bertemu ayahanda.

5 orang yang cukup dikenali berada di samping ayahanda. 3 orang sepupu sepapat yang turut membantu menguruskan ayahanda. Maaf, aku masih tidak mampu untuk menggunakan perkataan "jenazah" atau "mayat" tika ini. 

Tenang sungguh wajah ayahanda. Seakan-akan tidur. Kata mereka, wajah pesakit yang meninggal kerana serangan jantung akan kebiruan-biruan.  tapi ayahanda tidak. Kacak seperti sediakala.  Oh ayah, hanya Allah yang tahu betapa aku sayang padamu!

Aku meminta izin dari ustaz untuk mandikan ayahanda. Ustaz mengiyakan dan memberikan sebuku sabun. 



"Assalamualaikum ayoh, maaf kito lambat sampai! ayoh duk molek2 deh, kito nak mandi ayoh ni. Bismillahirrohmanirrohim.....

aku sabunkan kepala ayahanda dengan lembut. aku sabunkan dada, tangan dengan terurus. Dengan tangan aku yang terketar-ketar menahan sebak tangis, aku jirus air putih di seluruh tubuh ayahanda hingga ke kaki. Semua lelaki yang berada di bilik itu seakan-akan memberi ruang untuk aku mandikan ayah walaupun seketika.

Dan ustaz serta abang-abang tersayang menyambung kembali tugas terakhir mereka untuk mandikan ayahanda dengan sempurna. Ketika itu, aku tidak melepaskan peluang melihat saat2 ayahanda dimandikan walaupun sahabat2/kakak/saudara mara datang menerpa memelukku erat.

Alhamdulillah, ayah selamat dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan dengan sempurna. Kekanda tersayang sebagai imam solat. 
Maaf ayah! adik keuzuran... tidak mampu untuk menyedekahkan surah Yaasin ketika ayah masih di rumah usang kita.




Dan ayahanda disemadikan di tanah perkuburan Kampong Seberang Kastam yang terletak hanya 10m dari rumah usang kami. Ketika bacaan talkin bergema, pesanan-pesanan ayahanda menerawang di kepala.

~ aya, duk rumoh ni jd anok bongsu blh la nok wat manjo pn! duk bwh tiok ayoh mok skmo. nok gapo pn ore bui, tapi duk tempat ore keno jd anok sulong deh. berdikari. diri atah kaki sndiri.

~mek, ingat ayoh pese ni. jange tinggal semaye mek. azab. ingat deh, jange tinggal semaye!

~ aya, ayoh tulis dh doa2 mu nk g jauh 2..jange lupo amal 2.

~ mek, biala ore wat nayo kito. kito ni jange wat nayo kokre. xbaik.

~ mek, blaja bena. ingat kito ore xdok ni keno blaja sgguh.

~ aya, kalu Tuhe bg mu rezeki lbh, jange lupo sedekoh. Jange hino ore bwh kito. sedekoh mek!


...... dan beratus-ratusan nasihat/peringatan untuk aku.... sugguh, xmampu aku menaip lagi tika ini. -_-


 hadiah terakhir buat ayahanda



Ahad/ 3 Februari 2013.

Tiba di Miri. Malam itu aku mengemas barang2 ke rumah baru. Aku bawa bersama sehelai kemeja ayah yang dipakai sehari sebelum pemergian ayah. Bau badan ayahanda masih kuat berada di kemeja itu dan menjadi peneman setia dikala lena. Aku juga menemui buku nota 555 yang terdapat doa2 hasil tulisan ayahanda ketika baru melanjutkan pengajian ke Upsi 5 tahun lalu.

~ Doa jauh dari sihir
~ Doa pendinding diri
~ Doa perjalanan jauh
~ Doa apabila terkena api
~ Doa terlekat tulang
~ Doa ketika mahu tidur...

  dan banyak lg...
  ya Allah, ayah............................



5 hari ayahanda pulang ke rahmatullah, aku terbang ke Miri menjalankan amanah seperti biasa setelah cuti ditolak. Hanya sahabat2 yang benar2 mengenali aku bahawa Suraya Harun adalah seorang yang amat komited terhadap tugas sejak zaman pengajian lagi. Segala amanah dan tanggungjawab akan aku lakukan sehabis baik.  Datanglah apa jua kerja, pasti aku lakukan dengan bersungguh2., insyaAllah. Namun, aku jua manusia biasa. Punyai hati dan perasaan , punya kelemahan yg kudus. Apabila melibatkan soal ibu bapa, aku tidak mampu untuk berpura-pura seperti tiada apa2 yang berlaku. Ya, aku hidup kerana Allah dan mereka. Aku tidak mampu untuk megajar seperti biasa. Kaki seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata. Fikiran menerawang jauh mengimbas memori bersama ayahanda. Maaf, aku xmampu. Bagi aku masa. 

Jangan bimbang. Menjadi seorang guru adalah impian ayahanda terhadap aku. Aku akan terus pegang janji-janji ini. Alhamdulillah sekurang2nya aku telah merealisasikan impian ayahanda. Selepas ini, akan ku galas tanggungjawab ini seikhlas mungkin demi ayahanda.

Aku berkongsi cerita bukan meminta simpati. Tapi sebagai peringatan bersama agar menjadi anak yang terbaik dunia akhirat. Kala ayahanda dan bonda masih ada, hargailah/bahagiakanlah mereka sungguh-sungguh. Jujur, aku masih belum puas hati membalas jasa mereka yang sememangnya xterbalas itu!

Semua ayah di dunia ini paling terbaik bagi stiap anak.. tapi ayah aku terbaik kuasa dua! tiada tara. Al fatihah untuk ayahanda Harun Binti Maryam. Ayahanda pergi dlm keadaan sihat walafiat. Serangan jantung secara mengejut. pemergian yang sungguh tenang dalam tidur di subuh hari..30 Januari 2013 bersamaan 18 Rabiulawal 1434 H.... 


p/s: Terima kasih kepada semua sahabat2 yang banyak memberikan nasihat/ memberikan semngat/menitipkan doa, sahabat yg ramai hadir dan bersama2 melihat ayahanda disemadikan. Untungnya bila berkawan ramai, kita akan sentiasa diambil berat! Terima kasih sahabat2 skolah rendah, menengah,ppyit, Upsi, dan seluruh sekalian alam.  Tidak lupa juga buat pensyarah2, guru2, sanak saudara yang mengucapkan takziah. Maaf, sue xdpt nk membalas beratus2 sms/beratus ucapan dlm inbox fb dan beratus2 panggilan yang masuk tempoh hari. Tiada kudrat. Hanya Allah mampu membalasnya.  Pinjam masa 2 minit sahabat untuk sedekah Al Fatihah buat ayahanda tersayang, atas nama Harun Binti Maryam.

Wassalam ~ ...........................