Friday, August 19, 2011

~Ya Ramadhan brsama anak didikku~

Salam tautan pemirsa sejati...;)

Entry kali ini, aku perihalkan sdikit kisah kemesraan aku brsama sahabat handai yg bergelar guru prktikum di SMK Nasiruddin Shah. Minggu lepas, kami berenam diundang ke majlis berbuka puasa bersama pelajar2 Sivik form 4. Terkejut gak aku bila di invite 2 sbb aku x mengajar pn diorg, jauh lg nk kenal wajah mreka, apatah lg brgurau senda.;). Act, diorg student Sivik kpd si Aimi n student Eko kpd si Denin. Maka, kami berbaki 4 org lg xde kena mengena la dgn ini crita. Mungkin, si Mizi (ketua majlis brbuka ni) kesian kot tgk aku n lain2 andaikata mreka ajak si Aimi n Denin je, so diorg invite jugeeek la kami wlau dlm "keterpaksaan"..haha, kidding!mreka ikhlas ler, so cikgu2 berenam ucap terima kasih banyak2 kat korang smua sbb sggup berhabis duit mengadakan majlis ni. Berkali2 si Mizi mintak maaf andai ada trkurang ke ape2 ke..wahai anak didikku sekalian, kami bkn mndambakan majlis sbgini diadakan kat hotel @ restoran mahal pn syg! krana kenangan itu indah, tidak blh dibeli, tiada dimana2..baiklah, sila menjamu mata anda melihat pemandangan skitar majlis ini;)

jejaka pria buat air;)


ready utk berbuka;)

tehee, makanan dh sedia;)
srikandi melayan nikmat berbuka;)
aduka pria xterlepas sama;)
dan kami?bergambau je kojenye(lps brbuka ler)..;)

alhamdulillah, majlis berbuka brsama student form 4 SMKNS berjalan lancar tanpa perkara yang tidak diiingini walaupun cuaca pd hr tersebut seolah2 sdg memanggil hujan...Baiklah, sampai sni saja kisah benar ini. mata pn dh mengantuk, pp pn dh tersorong2 tahan menguap!..jumpa lg next entry ya...

::smoga kita sntiasa dibawah payung Allah S.W.T, amin...selamat malam dunia~

Monday, August 15, 2011

~H.U.S.M~

Assalamualaikum bt manusia2 seantero dunia...

Hari ini Isnin, 15 Ogos 2011..

Sahur pg td lain benar rasanya, padahal kakak aku sdiakan menu yg mampu mengecurkan lidah sesiapa saja..namun, aku xmampu menelan..fkiran masih menerawang ke arah katil empuk bertemankan "beruang" anak saudaraku. ahh, mungkin prmainan iblis yg mahu mggoda aku utk terus lena, dan lg extreme utk aku tggalkan Subuh!getus hati ini...(tp mse kecik dlu, ayah aku kata bulan pose smua iblis kena ikat)huhuhu...sah!bkn iblis mahu mggoda, tp kemalasan aku makin meluap2... wake up la suraya!

"aya"....."aya"...
pggil bonda bila mlihat aku tersengguk2 bak burung belatuk di sekitar meja makan. aku mndongak seraya menyahut.."hmm"(nada pendek) tanda kemalasan tahap gunung merapi!lalu, aku mghabiskan sisa2 tom yam dan meneguk air putih barang segelas dua..maaf mak, aya xmampu nk makan nasi hr ni..lantas kaki aku melangkah laju ke ruang tamu...

smentara menunggu azan brkumandang, aku termangu2 sorang diri. mak dan kakak aku masih brada didapur...ayahanda pula masih trlantar di katilnya..ya, ayah masih xkuat utk berpuasa..dh seminggu lebih ayah x menjadi imamku utk solat tarawih!xpe ayah, nnti ayah sihat ye kita solat sama2...;)

Lepas solat, aku xfikir panjang...trus merebahkan diri smbil memeluk erat bantal busuk aku..maaf, bkn brmaksud utk mnjadi mnusia gedik bila mmbritahu aku ada "bantal busuk", aku pn gadis, anak bongsu mcm lain2....maka, lenalah aku dibuai mimpi hingga dikejutkan dgn suara bonda...

6.15 pg...

dgn wajah yg masih keliru dan pelik dibangunkan awal sbegitu, aku trus muntahkan prsoalan smbil mggosok2 mata yg masih separa bukanya..."kenapa mak?".........
sambil memasukkan beberapa helai pakaian ayah ke dalam beg, mak berkata dgn keadaan sdikit cemas!
"kita kena pegi husm skrg!kaki ayah bengkak n batuk ayah makin mnjadi2!mak kol abg ko off plak, cepat siap!"

"baiklah mak!(tuturku seraya menapak ke bilik mandi)

Dgn mmbersihkan diri ala kadar, aku trus brsiap2..kakak aku papah ayah ke kereta dan kami memulakan prjalanan ke h.u.s.m (Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan),,,bismillahirrohmanirrohim..Ya Allah, slamatkanlah prjalanan kami pegi dan balik...

Dalam prjalanan, aku menelefon shabat setia aku, Aimi...lntas aku mncritakan keadaan aku tika itu...Dgn nada trkejut, Aimi mncadangkan utk mngkhabarkan prkara ini ke pngetahuan Cikgu Zaiton(guru pmbimbing prktikal) dgn segera!Smentara mnunggu lampu isyarat brtukar warna, aku trus brhubung dgn Ckgu Zaiton mncritakan situasi hari itu. Alhamdulillah, sperti yg dijangka...Cikgu Zaiton sgt memahami dan mmberi keizinan utk aku mnggalkan amanah mndidik anak bangsa utk Isnin yg damai itu...maafkan cikgu whai anak didikku, cikgu bukan mahu lari dari amanah, tp cikgu harus utamakan ksihatan ayah!

8.10 pagi..

Tiba di HUSM, mata aku melilau mencari prkataan "parking"..aduh, sgguh lama tidak aku jejak kawasan ini...lain benar pemandangan, struktur bangunan dan individu yg brkeliaran!lalu, aku trus menggalkan kereta kudaku menuju bhgian "kecemasan" brsama ayah dan bonda...

sampai di bhgian kcemasan, batuk ayah makin kuat. Dgn kecekapan pgwai2 perubatan disana, ayah dibawa masuk utk mnerima rawatan selang 15 minit kemudian stelah urusan pndaftaran selesai....

Maka, tika inilah hati aku bagai ditusuk2 belati tajam bila mana melihat ayah menahan sakit tatkala perawat manusia yg brgelar "doktor" itu memulakan rawatan.......urat tua itu lesu menerima suntikan, urat tua itu menggigil menahan pedih dan urat tua itu brgetar2 menahan ngilu ubat....;(

suntikan.......air.......ubat......X-ray......scan........smua ayah dh lali...namun kata doktor, ayah wajib utk mengulangi smula krana ksihatan ayah makin tidak stabil...dgn wajah yg sugul, bonda dan aku akur dgn kata2nya...ya, doktor itu pasti tahu..itu kerjanya...lalu hati kecilku brkata..."buatla apa saja dktor, krna ayah...aku redha"....

sian ayah...

moga ayah cepat sembuh!


Dan, ujian ayah brtambah lg bilamana doktor mngatakan ayah ada penyakit baru slain lemah jantung dan limpa makin membengkak...seraya airmata aku mengalir deras tika itu juga, doktor bersuara....."Kami dapati ada kuman di paru2nya ". Sebenarnya ayah perlu ditahan di wad, namun ayah menolak...kata ayah, ayah nk beraya dgn cucu...doktor benarkan dlm terpaksa, doktor kata lepas raya ayah mesti dtg husm lg....

Tapi,

ayah jangan risau k...kita akan jaga ayah, bagi ayah makan ubat ikut masa n sbagainya...anak ayah dh berikrar akan lakukan apa saja demi ayah...ya, demi ayahku..............
Sekarang, ayah dh tido...letih agaknya...kesihatan ayah sedikit maju bila batuk2 ayah dh kurang...alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T...smoga kita sntiasa dibawah payungNYA...;)

Friday, August 12, 2011

~a.i.r.m.a.t.a di hari lahirku~

                                                                    120811...
                          kesekian kalinya warkah ini ku layangkan buat ayahanda dan bonda!

Alhamdulillah, segala puji2an hanya utk Allah S.W.T dan selawat ke atas Nabi, Rasul junjungan...
syukur....bersyukur.....mensyukuri kehadratNYA diatas kesempatan menghirup udara segar, mendengar alunan desiran ombak, melihat sekawan burung berterbangan dan mampu menjamah rezeki2 yg dibrikan pada angka 25 tahun!:)

kejadian suraya harun di angka 21!
Ayah & ibu, 
 
Maka, titian kedewasaan anakmu berganjak lg sepurnama...kali ini  hari lahirku lebih bermakna bilamana jatuh pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat bersamaan 12 Ramadhan. Bermakna tahun kedua disambut dalam bulan puasa yg barakah ini. Harapan aku agar keberkatan hari dan bulan lahirku ini dapat mengiringi perjalanan hidup yg aku dambakan telah sekian lama.

kejadian suraya harun di angka 22!
Baiklah, mengapa tajuk airmata di hari lahirku menjadi persoalan sdgkan hari lahir adalah hari kemenangan bg kita untuk menzahirkan ksyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana masih diberikan peluang menebus segala dosa-dosa silam, masih diberikan kesihatan yang baik dan masih mampu menjalankan amanah di dunia dan akhirat. Namun, hari lahirku kali ini begitu berbeza...

Ya, ayahandaku diuji lagi! Betapa seakan nyilu yg merentap naluri hati bila melihat seksanya ayah menahan ujian Allah. limpa ayah makin membengkak, jantung ayah makin berdegup deras, darah ayah tidak tentu naik turunnya. Tika matahari merajuk diri, muncul hening malam seakan mendodoi mimpi, tiap insan bermadu kasih dimalam hari.. Namun, ayah terkecuali!ayah tidak dapat melelapkan mata walau seketika cuma. keluhan dan rintihan ayah kedengaran hingga subuh hari dan begitulah seterusnya. Hampir sebulan ayah begini, Ya Allah airmataku menitis lagi! 

kejadian suraya harun di angka 23!
Ramadhan kali ni, ku bisikkan sesuatu di stiap usai solatku. "Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah nikmat kesihatan untuk ayahanda dan bondaku" . Kini, usia ayah meniti 67 tahun, ku gagahi meniti hari-hari duka dengan mmberikan senyuman bt ayah. selagi kudrat bersisa, keringat  menitis usia, akanku bela nasib ayah dan ibu.  Ya Rabbi, biarkan bernokhtah kisah duka ini! Yang pasti sempena hari kematanganku menginjak angka 25, bukan ucapan atau hadiah yang didambakan sperti dulu, tp ku pohon pdNYA agar panjangkan umur ayah dan jdkan ayah sihat sperti sdiakala! Betapa di usia ini, Demi Allah aku tidak sabar utk mengotakan ikrar janjiku untuk membalas jasa ayah dan ibu. Jangan di ragu, aku masih seperti dulu. Ikrarku xkan goyah walau ujian datang berpadu. Yang pasti, nasib orang tua ini akanku bela walau dugaan datang berliku. Ya Allah, cekalkanlah hati ini untuk kekal pd yg SATU..Tahniah ayah ibu! kalian brjaya mndidik anakmu yg bongsu ini dengan lelah seribu wlau ujian kadangkala tiba bak gunung berbatu...Syg ayahnda dan bonda slamanya, smoga kalian dpt menyempurnakan haji dgn izin Allah s.w.t dan sntiasa dibwh payungNYA, amin ya rabbal alamin~

kejadian suraya harun di angka 24!

Baiklah, jua untuk insan2 tersayang iaitu sahabat2ku...tika ini aku masih tidak mampu membalas segala bisikan doa yg tlh kalian titipkan, sama ada di alam maya mahupun bersua muka. Ketahuilah, jauh di sudut hati ini, aku membalas setiap doa dgn ucapan alhamdulillah...semoga doa yg diberikan dimakbulkan Allah kelak..dan kita sama2 menuju kejayaan dunia dan akhirat, amin! 

dan kini aku di angka 25! "12 Ogos 1986"...

              aku: "mak, hr ni besday kite!xde bt ape2?
              mak: "ambek duit ni (smbil mghulurkan rm100)
              aku: wahh, rm100??nk beli kek ye?
              mak: xde kek2 nya..mtk tlg byr bil air n lektrik bln ni!
              aku: owh, ok..baiklah mak;)


 kejadian suraya harun di angka 25!



                                                             (sekadar gambar hiasan)
Puisi indah buatmu sahabat,

Aku bukan penglipurlara,
Bukan jua srikandi pujangga,
Tapi hamba di dunia,
Banyak khilaf dan dosa,
andai lisanku prnah berbisa,
Menoreh jiwa hati terluka,
dan alpa tika bicara,

maafkan aku mnusia biasa.

Pernah aku diam seribu bahasa,
Lenyap tanpa balas suara,
Enggan menghakis cerianya suasana,
Menyimpul rapat sukma di jiwa.
Agar bunga "ikatan" mekar senada.

Tegurlah aku andai aku tersilap berkira,
Sakitilah aku andai terpesong arahnya,
Nasihatilah aku andai sesat tidak semena,
Pimpinlah aku menjadi insan berguna,
Bawalah aku kejalan bahagia............(^_^)


smoga kita sntiasa dalam limpahan kurniaanNYA.

selamat malam, Assalamulaikum~













Sunday, August 7, 2011

~Cinta~


Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati.

sekadar hiasan
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.


Bagaimana kamu mengurus cinta begitulah kamu mengurus dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.



Sekiranya kita bercinta dgn seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi..
Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.


Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta,
Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa,
Apabila ia datang mengetuk pintu hati mu,
Terimalah kehadiran cinta itu dgn segala misteri di dalamnya,
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia.

 
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu...
Sesungguhnya CINTA itu tiada ALASAN..
Semoga semua dapat bertemu dgn cinta yg sejati dan jujur....
Dan ketahuilah, CINTA ALLAH kekal abadi..


InsyaAllah......(^_^)