Friday, August 12, 2011

~a.i.r.m.a.t.a di hari lahirku~

                                                                    120811...
                          kesekian kalinya warkah ini ku layangkan buat ayahanda dan bonda!

Alhamdulillah, segala puji2an hanya utk Allah S.W.T dan selawat ke atas Nabi, Rasul junjungan...
syukur....bersyukur.....mensyukuri kehadratNYA diatas kesempatan menghirup udara segar, mendengar alunan desiran ombak, melihat sekawan burung berterbangan dan mampu menjamah rezeki2 yg dibrikan pada angka 25 tahun!:)

kejadian suraya harun di angka 21!
Ayah & ibu, 
 
Maka, titian kedewasaan anakmu berganjak lg sepurnama...kali ini  hari lahirku lebih bermakna bilamana jatuh pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat bersamaan 12 Ramadhan. Bermakna tahun kedua disambut dalam bulan puasa yg barakah ini. Harapan aku agar keberkatan hari dan bulan lahirku ini dapat mengiringi perjalanan hidup yg aku dambakan telah sekian lama.

kejadian suraya harun di angka 22!
Baiklah, mengapa tajuk airmata di hari lahirku menjadi persoalan sdgkan hari lahir adalah hari kemenangan bg kita untuk menzahirkan ksyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana masih diberikan peluang menebus segala dosa-dosa silam, masih diberikan kesihatan yang baik dan masih mampu menjalankan amanah di dunia dan akhirat. Namun, hari lahirku kali ini begitu berbeza...

Ya, ayahandaku diuji lagi! Betapa seakan nyilu yg merentap naluri hati bila melihat seksanya ayah menahan ujian Allah. limpa ayah makin membengkak, jantung ayah makin berdegup deras, darah ayah tidak tentu naik turunnya. Tika matahari merajuk diri, muncul hening malam seakan mendodoi mimpi, tiap insan bermadu kasih dimalam hari.. Namun, ayah terkecuali!ayah tidak dapat melelapkan mata walau seketika cuma. keluhan dan rintihan ayah kedengaran hingga subuh hari dan begitulah seterusnya. Hampir sebulan ayah begini, Ya Allah airmataku menitis lagi! 

kejadian suraya harun di angka 23!
Ramadhan kali ni, ku bisikkan sesuatu di stiap usai solatku. "Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah nikmat kesihatan untuk ayahanda dan bondaku" . Kini, usia ayah meniti 67 tahun, ku gagahi meniti hari-hari duka dengan mmberikan senyuman bt ayah. selagi kudrat bersisa, keringat  menitis usia, akanku bela nasib ayah dan ibu.  Ya Rabbi, biarkan bernokhtah kisah duka ini! Yang pasti sempena hari kematanganku menginjak angka 25, bukan ucapan atau hadiah yang didambakan sperti dulu, tp ku pohon pdNYA agar panjangkan umur ayah dan jdkan ayah sihat sperti sdiakala! Betapa di usia ini, Demi Allah aku tidak sabar utk mengotakan ikrar janjiku untuk membalas jasa ayah dan ibu. Jangan di ragu, aku masih seperti dulu. Ikrarku xkan goyah walau ujian datang berpadu. Yang pasti, nasib orang tua ini akanku bela walau dugaan datang berliku. Ya Allah, cekalkanlah hati ini untuk kekal pd yg SATU..Tahniah ayah ibu! kalian brjaya mndidik anakmu yg bongsu ini dengan lelah seribu wlau ujian kadangkala tiba bak gunung berbatu...Syg ayahnda dan bonda slamanya, smoga kalian dpt menyempurnakan haji dgn izin Allah s.w.t dan sntiasa dibwh payungNYA, amin ya rabbal alamin~

kejadian suraya harun di angka 24!

Baiklah, jua untuk insan2 tersayang iaitu sahabat2ku...tika ini aku masih tidak mampu membalas segala bisikan doa yg tlh kalian titipkan, sama ada di alam maya mahupun bersua muka. Ketahuilah, jauh di sudut hati ini, aku membalas setiap doa dgn ucapan alhamdulillah...semoga doa yg diberikan dimakbulkan Allah kelak..dan kita sama2 menuju kejayaan dunia dan akhirat, amin! 

dan kini aku di angka 25! "12 Ogos 1986"...

              aku: "mak, hr ni besday kite!xde bt ape2?
              mak: "ambek duit ni (smbil mghulurkan rm100)
              aku: wahh, rm100??nk beli kek ye?
              mak: xde kek2 nya..mtk tlg byr bil air n lektrik bln ni!
              aku: owh, ok..baiklah mak;)


 kejadian suraya harun di angka 25!



                                                             (sekadar gambar hiasan)
Puisi indah buatmu sahabat,

Aku bukan penglipurlara,
Bukan jua srikandi pujangga,
Tapi hamba di dunia,
Banyak khilaf dan dosa,
andai lisanku prnah berbisa,
Menoreh jiwa hati terluka,
dan alpa tika bicara,

maafkan aku mnusia biasa.

Pernah aku diam seribu bahasa,
Lenyap tanpa balas suara,
Enggan menghakis cerianya suasana,
Menyimpul rapat sukma di jiwa.
Agar bunga "ikatan" mekar senada.

Tegurlah aku andai aku tersilap berkira,
Sakitilah aku andai terpesong arahnya,
Nasihatilah aku andai sesat tidak semena,
Pimpinlah aku menjadi insan berguna,
Bawalah aku kejalan bahagia............(^_^)


smoga kita sntiasa dalam limpahan kurniaanNYA.

selamat malam, Assalamulaikum~













No comments:

Post a Comment