Monday, August 15, 2011

~H.U.S.M~

Assalamualaikum bt manusia2 seantero dunia...

Hari ini Isnin, 15 Ogos 2011..

Sahur pg td lain benar rasanya, padahal kakak aku sdiakan menu yg mampu mengecurkan lidah sesiapa saja..namun, aku xmampu menelan..fkiran masih menerawang ke arah katil empuk bertemankan "beruang" anak saudaraku. ahh, mungkin prmainan iblis yg mahu mggoda aku utk terus lena, dan lg extreme utk aku tggalkan Subuh!getus hati ini...(tp mse kecik dlu, ayah aku kata bulan pose smua iblis kena ikat)huhuhu...sah!bkn iblis mahu mggoda, tp kemalasan aku makin meluap2... wake up la suraya!

"aya"....."aya"...
pggil bonda bila mlihat aku tersengguk2 bak burung belatuk di sekitar meja makan. aku mndongak seraya menyahut.."hmm"(nada pendek) tanda kemalasan tahap gunung merapi!lalu, aku mghabiskan sisa2 tom yam dan meneguk air putih barang segelas dua..maaf mak, aya xmampu nk makan nasi hr ni..lantas kaki aku melangkah laju ke ruang tamu...

smentara menunggu azan brkumandang, aku termangu2 sorang diri. mak dan kakak aku masih brada didapur...ayahanda pula masih trlantar di katilnya..ya, ayah masih xkuat utk berpuasa..dh seminggu lebih ayah x menjadi imamku utk solat tarawih!xpe ayah, nnti ayah sihat ye kita solat sama2...;)

Lepas solat, aku xfikir panjang...trus merebahkan diri smbil memeluk erat bantal busuk aku..maaf, bkn brmaksud utk mnjadi mnusia gedik bila mmbritahu aku ada "bantal busuk", aku pn gadis, anak bongsu mcm lain2....maka, lenalah aku dibuai mimpi hingga dikejutkan dgn suara bonda...

6.15 pg...

dgn wajah yg masih keliru dan pelik dibangunkan awal sbegitu, aku trus muntahkan prsoalan smbil mggosok2 mata yg masih separa bukanya..."kenapa mak?".........
sambil memasukkan beberapa helai pakaian ayah ke dalam beg, mak berkata dgn keadaan sdikit cemas!
"kita kena pegi husm skrg!kaki ayah bengkak n batuk ayah makin mnjadi2!mak kol abg ko off plak, cepat siap!"

"baiklah mak!(tuturku seraya menapak ke bilik mandi)

Dgn mmbersihkan diri ala kadar, aku trus brsiap2..kakak aku papah ayah ke kereta dan kami memulakan prjalanan ke h.u.s.m (Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan),,,bismillahirrohmanirrohim..Ya Allah, slamatkanlah prjalanan kami pegi dan balik...

Dalam prjalanan, aku menelefon shabat setia aku, Aimi...lntas aku mncritakan keadaan aku tika itu...Dgn nada trkejut, Aimi mncadangkan utk mngkhabarkan prkara ini ke pngetahuan Cikgu Zaiton(guru pmbimbing prktikal) dgn segera!Smentara mnunggu lampu isyarat brtukar warna, aku trus brhubung dgn Ckgu Zaiton mncritakan situasi hari itu. Alhamdulillah, sperti yg dijangka...Cikgu Zaiton sgt memahami dan mmberi keizinan utk aku mnggalkan amanah mndidik anak bangsa utk Isnin yg damai itu...maafkan cikgu whai anak didikku, cikgu bukan mahu lari dari amanah, tp cikgu harus utamakan ksihatan ayah!

8.10 pagi..

Tiba di HUSM, mata aku melilau mencari prkataan "parking"..aduh, sgguh lama tidak aku jejak kawasan ini...lain benar pemandangan, struktur bangunan dan individu yg brkeliaran!lalu, aku trus menggalkan kereta kudaku menuju bhgian "kecemasan" brsama ayah dan bonda...

sampai di bhgian kcemasan, batuk ayah makin kuat. Dgn kecekapan pgwai2 perubatan disana, ayah dibawa masuk utk mnerima rawatan selang 15 minit kemudian stelah urusan pndaftaran selesai....

Maka, tika inilah hati aku bagai ditusuk2 belati tajam bila mana melihat ayah menahan sakit tatkala perawat manusia yg brgelar "doktor" itu memulakan rawatan.......urat tua itu lesu menerima suntikan, urat tua itu menggigil menahan pedih dan urat tua itu brgetar2 menahan ngilu ubat....;(

suntikan.......air.......ubat......X-ray......scan........smua ayah dh lali...namun kata doktor, ayah wajib utk mengulangi smula krana ksihatan ayah makin tidak stabil...dgn wajah yg sugul, bonda dan aku akur dgn kata2nya...ya, doktor itu pasti tahu..itu kerjanya...lalu hati kecilku brkata..."buatla apa saja dktor, krna ayah...aku redha"....

sian ayah...

moga ayah cepat sembuh!


Dan, ujian ayah brtambah lg bilamana doktor mngatakan ayah ada penyakit baru slain lemah jantung dan limpa makin membengkak...seraya airmata aku mengalir deras tika itu juga, doktor bersuara....."Kami dapati ada kuman di paru2nya ". Sebenarnya ayah perlu ditahan di wad, namun ayah menolak...kata ayah, ayah nk beraya dgn cucu...doktor benarkan dlm terpaksa, doktor kata lepas raya ayah mesti dtg husm lg....

Tapi,

ayah jangan risau k...kita akan jaga ayah, bagi ayah makan ubat ikut masa n sbagainya...anak ayah dh berikrar akan lakukan apa saja demi ayah...ya, demi ayahku..............
Sekarang, ayah dh tido...letih agaknya...kesihatan ayah sedikit maju bila batuk2 ayah dh kurang...alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T...smoga kita sntiasa dibawah payungNYA...;)

2 comments:

  1. bersabar aya dengan dugaan dari ALLAH kerana hanya ALLAH yang tahu apa yang terbaik dan tersirat untuk hamba Nya...
    semoga Ayah aya cepat sihat dan keluarga aya dapat beraya dengan gembira.....

    ReplyDelete
  2. insyaAllah sahabat...amin ya Rabbal alamin..

    ReplyDelete