Wednesday, October 10, 2012

~ TeMBaKaU~

Assalamualaikum w.b.t...

sudah beberapa bulan tidak bersua di alam maya, tangan ini seakan kaku untuk menari diatas papan keyboard yang hampir 5 tahun berjasa. Alhamdulillah aku masih lagi di bumi kenyalang menjalankan amanahNya. Suraya Harun masih gadis musafir yang datang berkelana membawa 1001 harapan dan impian. Episod kali ini berkaitan dengan tajuk di atas "Tembakau" atau dalam bahasa Inggerisnya "Tobacco". Kisah ini bukan berkaitan rokok/cerut mahupun hookah, tapi kisah seorang pencinta seni yang amat aku kagumi............ iaitu   "Kartunis Tembakau".  Aku tujukan khas entry ini buat saudara Azhar Bin Ahmad ^-^

Kali ini aku ingin berkongsi "buku" yang membuat aku gila sejak di bangku sekolah. Maaf, aku bukan manusia ulat buku yang meminati kejadian cakerawala kaji bintang seperti karya Leonardo Da Vinci "Codex Leicester" mahupun buku terlaris di dunia "Harry Porter" karya J.K Rowling. Jauh sekali digelar "kaki novel" walaupun di asrama dulu dikelilingi sahabat-sahabat yang sememangnya hantu novel.  yap, aku sememangnya peminat tegar Majalah Ujang!!! hehehe =p
Majalah Ujang 
Semua orang ada buku kegemaran masing2. Ramai yang beranggapan aku termasuk dalam senarai "penggila" novel! mungkin subjek kesusasteraan yang dipelajari dulu sedikit sebanyak mempengaruhi penulisan. Untuk pengetahuan kalian, hanya 2 buah novel sahaja paling aku minat dan mampu memanah lubuk hati dan memacu keindahan plot cerita yang menarik iaitu 'Ombak Rindu" karya Fauziah Ashari dan "Tunggu Teduh Dulu" karya Faisal Tehrani. Seolah-olah akulah watak utama Nurul IzzahSalsabila Fahim dan Kartini yang menjadi nadi penceritaan itu.  (bermonolog seketika).


********************************************************************************


Masa zaman hingusan dulu, abang aku yang ke 6 begitu obses dgn Majalah Ujang. Maka tiap-tiap bulan beliau akan menggunakan wang saku yang dikumpul setiap hari untuk membeli Majalah Ujang dan Apo, terutamanya bila ada Edisi Bumper yang agak tebal itu. Edisi Bumper dikeluarkan bila ada sambutan2 penting kat negara kita. Contohnya kemerdekaan, perayaan dan sbagainya. Tambahan lagi, beliau dianugerahkan bakat melukis kartun. Adalah menjadi perbuatannya bila semua buku sekolah n dinding rumah kami dilukis pelbagai jenis karakter kartun. Lalu, setiap kali aku pulang dr asrama di hujung minggu, benda pertama yang aku cari sebelum makan nasi ialah Majalah Ujang! ^_^




Kartini

Pandangan awal aku secara peribadi, majalah kartun ni membuang masa n hanya sekadar suka-suka, hanya mampu menerbitkan nilai ketawa dan membuat si pembaca sekurang2nya tersenyum. Tiada nilai estetika yang mampu digarap. Namun segalanya berubah bilamana aku membaca dan mengenali karya Kartunis Tembakau melalui Majalah Ujang di sudut "Love Story". Bagi aku, ada perbezaan tersendiri antara novelis n kartunis. Bidang penulisan merupakan bidang yang abstrak. Novelis menggunakan imaginasi untuk mengilhamkan cerita menggunakan kemahiran penulisan yang tinggi dan bahasa yang puitis dan melankolik. Mereka mampu bercerita secara terperinci, memberikan gambaran suasana yang seolah-olah wujud di alam realiti dan mempunyai makna serta mesej tertentu. Cuma, bergantung pada seseorang individu sama ada jalan cerita itu sampai atau tidak. Oleh itu, ciri-ciri yang ada pada novelis inilah yang aku temui dalam karya Kartunis Tembakau yang bertajuk ''KARTINI". Tambahan lagi, jika kita amati muka depan (cover) sesebuah novel, Typikal Malay Love Story mengimaginasi ketampanan watak lelaki yang tiada tara dan kejelitaan watak wanitanya yang tidak terbanding. Di samping nama watak yang ada "value" disitu. Contohnya Carl Zafran, Adam Haris, Salsabila Fahim atau Ain Hawanis. Tapi berlainan dengan karya cinta kartunis Tembakau, karakter hero digambarkan tersangatlah tidak hensem tapi heroin sangat cantik, diulangi sangat cantik! dan nama watak hero heroin pun bak kata orang Perak, ' idok semenggah"/ idok gelemer pun iaitu Ariyon n Kartini. Walaupun sudah melebihi 10 dekad berlalu, jalan ceritanya masih segar dalam ingatan, cinta agung yang dilalui manusia bermula zaman sekolah hingga menginjak dewasa. Di sini aku mula mengerti maksud "kesetiaan hakiki", seolah-olah akulah gadis itu. (maaf, perasan seketika)

Entah kenapa hati aku begitu teruja dengan Kartini. Bagi aku, semua karakter yang dilukis Tembakau seolah-olah wujud di alam realiti. Watak Yon, Kartini, Halim, Pab dan Akai, persekitaran sekolah, asrama amat kena dengan ilustrasi yang digambarkan pencerita. Tambahan lagi, cerita ini adalah adaptasi dari kisah benar penulis. Percintaan antara Ariyon dan Kartini membuatkan aku terpana! Mungkin gambaran lokasi yang berlaku di asrama sebuah sekolah agama membuatkan aku wujud bersama cerita itu. Ya, kerana aku juga menemui kematangan di dalam persekitaran tersebut. 



Aku tidak tahu bagaimana untuk mulakan kisah cinta Yon dan Kartini. Entah dari sudut mana untuk mula bercerita. Hmmm sebenarnya, ini kisah cinta Yon sahaja. Cinta yang bertepuk sebelah tangan. Betapa Yon bertahun-tahun setia menanti pintu hati Kartini terbuka untuknya. Namun tidak kesampaian juga. Yang pasti, penceritaan di alam maya tidak sama apabila kalian mengikuti melalui buku Kartini sendiri! Ilustrasi yang digambarkan seolah-olah hidup, disuntik psikologi pembaca dengan baik sekali, plot, watak perwatakan, latar, sudut pandangan dan sebagainya. Di sini aku sertakan "quote" atau petikan kata-kata yang mungkin memberi makna berbeza buat kita.

~~Tidak akan kamu berperasaan gundah gulana walaupun sekali, jika kamu tahu apa yang dicari ~~

~~ Walaupun kau rentas seribu padang....
walaupun kau tempuh seribu rimba....
walaupun kau harung seribu paya....
jika niat kau untuk lari daripada aku...
kau tetap akan berjumpa aku, yon.... ~~

~~ Tapi apa yang kita paling nak,
itulah yang kita takkan dapat ........ Kartini ~~

~~ Kartini hanyalah sebuah nilai untuk aku mencari cinta, Bahkan aku sedar dari ilusi dan angan-angan yang realiti itu lebih indah jika kita sentiasa bertanyakan soalan yang betul dan menghargai apa yang dianugerahkan. Berterusan mengharap akan kebaikan dan ikhlas adalah kunci kehidupan~~

~~Kartini hanyalah nama. Kartini hanyalah simbol. Kartini menjadi satu batu tanda untuk aku memperolehi apa jua kebaikan hidup yang ditawarkan untuk aku~~


Dan kenapa kali ini aku menghasilkan entry khas buat "Tembakau"? kerana setelah 8 tahun kemudian, iaitu pada hari Jumaat yang lalu baru ku tahu Tembakau menerbitkan sambungan cerita Kartini yang bertajuk "Kartini Kembali". Terima kasih buat ex hosmateku tersayang, Hidayaah yang sudi meminjamkan cerita ini buatku. (mungkin kerana kasihan bila melihat aku terlompat2 ketika mengetahui wujudnya sambungan 'Kartini".


Yeeehaaaaaaaaaaaaaaaa aku gumbira, i luv u YON!!!
Sedikit perkongsian kata-kata untuk kalian. Sesungguhnya sukar mencipta jalan cerita yang indah dan mewujudkan karakter melalui penulisan dan lukisan sekaligus.  Semua orang boleh menulis, tp mampukah disertakan dgn pakej melukis sekali? yap, tidak semua manusia itu dilahirkan berbakat kan? Kartini bukan sekadar komik kartun. Percayalah!


p/s: Dalam bidang penulisan yang penuh misteri dan kesyahduan, aku berharap dapat berjumpa 3 orang pencinta seni yang aku kagumi. Novelis Faisal Tehrani, Sasterawan Pak Samad Said dan pastinya Kartunis Tembakau. Bukan sekadar meminta autograf tapi aku ingin bertanya pada mereka............... ' bagaimana mahu menjadi pencinta seni yang abadi seperti tuan?"

~SALAM~