Monday, December 23, 2013

~ AnDaI eSoK mASiH aDA ~

Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum.....
 
                              
 
Alhamdulillah, masih bernafas pagi ini. Siang menginjak malam, malam menapak ke Subuh, Subuh mengiringi langkah mentari, senja berlabuh, gelap gelita..... dan begitulah hukum alam dibawah kuasa Yang Maha Esa, Allah yg Maha Mendengar.. Maha Pengasih lg Maha Penyayang....
 
Cuti prsekolahan kali ini aku membatu di rumah sahaja. Menapak keluar hanya ketika mengandam si permaisuri raja sehari. Selebihnya masa diisi dengan brgelak ketawa dgn bonda, berkejaran brsama anak-anak kecil dan brbual2 dengan ayahanda utk brcerita perihal diri aku. Mohon maaf kepada sahabat2 yg mahu bersua, insyaAllah ada masa nanti kita bersama.
 
3-4 hari  ini Allah menguji. Aku demam panas trutama pd waktu malam...panas sejuk scara tiba-tiba, pening kepala yg amat ibarat ada ssuatu yg mengetuk dgn maha kuat. Rengekan manja trhadap bonda mmberi sedikit kelegaan trhadap kpanasan ini. Lillahi, aku prlukan bonda saat ini. Aku perlukan seseorang utk "melayan" rengekan syahdu ini. Bonda basahkan kepala dgn air bunga raya, bonda sdiakan bubur nasi, bonda slimutkan aku tebal2. Allahurobbi mcm2 lg bonda buat. Terima kasih bonda tersayang. Timbul rasa bersyukur kerana "sakit" ini tiba ktika aku dekat dgn bonda. Skurang2nya aku tidak keseorangan berbanding di Sarawak nanti yg kebiasaannya malam2 sbelum tidur pasti ditemani airmata di sbuah bilik kecil yg kegelapan dan hanya kedengaran alunan kipas yg syahdu.
 
Pagi itu hati aku berdebar2. Kata bonda itu hasutan syaitan utk kita leka dan berfikir  perkara yg bukan2. Debaran itu membawa ke petang hari. Hati kecil aku kuat mengatakan ada sesuatu yg buruk akan berlaku atau mungkin mnerima berita yang menyayat hati. Allahurobbi..
 
Sekadar membiarkan debaran itu dan cuba utk tidak mengambil "pusing", aku terlelap di dalam bilik bonda. Jujurnya sebulan bercuti ini tidak pernah skalipun aku lena di katil sendiri, biarlah sisa-sisa cuti ini aku habiskan utk tidur berpelukan bersama bonda. Sedang aku mengelamun, tiba-tiba dikejutkan dgn nada dering menandakan 1 sms masuk. Cepat2 aku membuka pesanan ringkas itu.....
 
Terkesima. Berulang kali membaca sms yg sama....!
Ya Allahurobbi!!! Allah............Allah!!  luluh hati, jiwa menusuk. rebah seketika. Sahabat aku telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya..
 
 Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rooji'un
"Kami datang dari Allah dan kepada Allah kami kembali"
 
                          
 
Malam itu aku rasa asing sekali. Terduduk hiba. Kuat raungan aku dalam hati. Kesedihan ini mengimbas kembali kepada detik-detik pemergian ayah dahulu. Aku menampar pipi beberapa kali utk kepastian bahawa ini bukan mimpi, ini realiti. Allahurobbi. Allah........................
 
Tiba-tiba satu perasaan takut yang amat datang menyelubungi. Menggigil aku menahan esak tangis. Betapa kematian begitu menghampiri kita. Pemergian sahabat secara tiba-tiba ini seolah-olah memberi kesan besar bahawa kita tidak tahu bila kita akan MATI!
 
Sahabat aku seorang yg sangat cantik, prihatin, lemah lembut dan tidak berkira. Semangat tinggi dan amat fokus dalam membuat sesuatu perkara membuatkan aku teruja utk mengikuti jejak langkahan. Ketakutan aku bersilih ganti memikirkan pelbagai perkara yg berkait dengan sahabat ini. Kami kaki online dan sentiasa mengupdate status masing2 mengenai keluarga, bisnes, dan sebagainya. Di samping arwah seorang guru yg hebat, juga bisneswoman secara online dan mmpunyai pelanggan yg ramai. Sikapnya yg sntiasa positif  dan melayan customer dengan baik mnyebabkan bisnesnya mempunyai follower yg agak ramai termasuk aku sendiri. Bertahun aku menjadi pelanggan tetap, brmacam soalan aku brikan stiap kali berurusniaga ttg produk dan banyak motivasi2 gigih yg dikongsikan utk aku yg kadang2 meleret sedikit kpd hal peribadi.
 
Maka wall facebooknya antara wall "wajib" aku singgahi stiap kali online.  Kami sentiasa brhubungan melalui facebook dan wassup. Malam sbelum arwah kemalangan adalah komunikasi "terakhir" antara kami berdua. Allahurobbi........ sungguh aku benar-benar terkejut dengan berita ini. Termenung jauh ditemani esak tangis yg menggila, berselirat prsoalan2 bermain di benak hati hingga ketakutan menyelubungi jiwa.
 
                           
 
 
# Kita bahagia hari ini. Kita sihat hari ini. Kita berurusan di dunia seperti biasa. Yakin kah esok hari kita masih melalui perkara yg sama?
 
# Hari ini kita mengupdate ttg bahagia, ttg kehidupan mahupun apa2 sahaja. Yakinkah kita esok hari mampu mengupdate lg isu yg sama?
 
# Mereka "post" di wall kita "selamat ulang tahun kelahiran".
   Mereka "post" di wall kita "tahniah kerana mendirikan rumahtangga"
   Mereka "post' di wall kita " wow, congratulations 4 a new baby born"
   Mereka "post" di wall kita tahniah itu tahniah ini.
 
dan suatu hari nanti mereka akan "post" di wall kita...
"Salam takziah. Allahurobbi xsangka kamu sudah "pulang".
 
 
Begitulah perasaan aku tika itu. Setiap hari aku melewati wall sahabat utk menjenguk kalau2 ada produk baru, di samping membaca kisah romantikanya bersama suami tercinta. Tapi pagi itu wall dipenuhi ucapan2 takziah beserta ketidakpercayaan rakan karib yg lain akan pemergiannya. Arwayarhamah seorang yg baik hingga tidak putus2 ucapan takziah diberikan. Allahuakhbar, kita begitu hampir dgn kematian. Tidak disangka2. dan giliran kita entah bila.
 
                            
 
 
"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu dalam benteng yang tinggi lagi kukuh." (Surah An Nisa': 78)
 
Aku tertanya-tanya pada diri. Adakah aku mengingati mati atau takut mati?Kerana orang yang mengingati mati akan sedar bahawa dia akan menemui Allah S.W.T. Jika kita sedar suatu masa nanti kita akan menemui Maha Pencipta, sudah pasti kita akan memperelok mana yg kurang dan memperbanyakkan amal ibadah. Namun aku masih begini sejak dulu. Tiada beza. Hari2 melalui perkara yang sama sahaja. Amal ibadah yang tidak sempurna, terlalu sedikit. Sedekah jariah yang boleh dikira berapa kali dan banyak lagi kekurangan2 diri yang masih belum dapat diperbaiki. ya Allah, takut sungguh jika di saat belum bersedia begini, tiba2 kita dipanggil "pulang dengan bekalan yang tidak mencukupi.
 
Firman Allah swt;

"Dan aku tidak jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku"- Surah Az-Zariyat: 56


Sebuah hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari." Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

 Maka berkata Izrail:
 
 
"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
 

 
Kita tidak sedar bahawa diri kita sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut. Kecuali orang-orang yang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa bersedia untuk itu.

1 hari bersamaan 24 jam = 1,400 minit.
1,440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita = 20.571 minit.

ini bermakna malaikay maut menziarahi kita setiap 21 minit.
Allah...........

Ya Allah Ya Tuhanku, aku mahu berubah ke jalan yang kau redhai. Namun ianya sukar. Dengan usia yang menginjak kepada usia 28 tahun ini, aku mahu manfaatkan sebaik mungkin. Aku mahu berikan kebaikan dan kebahagiaan kepada orang2 di sekeliling aku. InsyaAllah selagi termampu. Moga aku terus istiqhamah. Permudahkanlah urusan hambaMU ini demi mencapai redhaMu, ya Allah. amin... amin ya rabbal alamin...
 
Al Fatihah untuk sahabat Hartini Bt Ibrahim,
damailah kau disana....
 
p/s: Sahabat, mohon beri teguran jika tersilap langkah atau "over" di dunia maya mahupun realiti. aku mohon. please :'(
 

 
 
 

Wednesday, November 20, 2013

~ Al Fatihah Ahmad Ammar~

Bismillahirrohmanirrohim....
Assalamualaikum.... W.B.T
 
Rabu... 20/11/2013... angka 3.45 pagi... Miri, Sarawak...
 
Sengaja menelan secawan dua nescafe malam ini....
agar mata tidak tertutup lena dibuai mimpi...
dan " keberjagaan" ini ada sebabnya....
iaitu menyiapkan saki baki kerja sbelum bermusafir ke tanah air esok hari.....  
 
dan dalam kelekaan menyiapkan timbunan kerja ini...
seketika mata liar terpana dan tangan laju "mengetik" muka buku....
sebentar cuma, hanya untuk menyegarkan mata...
terus tetikus menjalankan tugas.... aku scroll kebawah.... terus.... dan terus....
ah bosan! hanya cerita biasa-biasa....
sindiran, luahan rasa, politik hujahan dungu, jiwang karat ttg cinta manusia...
serta brmacam2 status yg x menarik utk dibaca....
 
dan.............
 
aku hentikan tetikus di halaman Ustaz Zahazan Mohamed...
 
"Ana tidak pernah mengenali anak muda ini, tetapi video ini sangat memberi inspirasi kepada ana. Moga anak2 ana juga mampu dibesarkan menjadi seperti beliau. Pengakhiran kehidupan beliau di dunia yang baik juga membuatkan ana tertanya2 bagaimana agaknya beliau dididik dan dibesarkan oleh mak dan abah beliau.

Yang baru habis UPSR, PMR dan SPM.. Luangkan masa anda sekejap menonton kisah hidup abg Ammar. Semoga kita juga boleh berbakti seperti beliau. Jangan lupa doakn juga kesejahteraan beliau di sana. Amin.."
 
menarik bingkis bicaranya...dan hati aku bertanya lembut...,
 
Menginjak usia 20 tahun tapi sudah mampu menjadi inspirasi pd ustaz dan kepada berjuta2 lagi rakyat yg punya "jiwa".
 
Siapa gerangan pemuda ini?
 
 
Ahmad Ammar dalam kenangan
15/2/1993 - 2/11/2013
 
 
Subhanallah!!!
Alhamdulilllah!!!
Allahuakhbar!!!
Allah Maha Besar!!
Allah Maha segala-gala!!!
 
Aku menghabiskan detik 24.15 saat itu dengan mata terpaku....
Rentetan kisah sedari bayi hinga menginjak dewasa...
Sungguh aku susur dan amati sepenuh jiwa...
Alunan muzik Arab yg mengalun seolah2 mengerti betapa sebak dan dukanya aku....
Lencun kelawar biru dengan basahan airmata syahdu....
tersedu-sedu... hingga nafas sesak seketika...
seolah-olah aku mengenali benar pemuda ini...
Ya Allah...... wahai Ammar yang dikasihi....
kau begitu membuka mata aku....
 
Adakah kita akan mendapat kemuliaan sperti "kepulangan" Ammar?
Besar ganjaran pahalanya.... hidup dipenuhi keberkatan brdakwah.....berkelana ke merata ceruk mencari ilmu...
walau semuda 20 tahun tp cukup brmakna daripada hidup lama yg penuh dosa dan sia-sia...
Mati tidak mengenal usia... kita semua pasti mati....
Matinya Ammar dalam Husnul Khatimah...
Yang antara tandanya...."meninggal" dengan keringat masih bersisa di dahi....
Allahuakhbar!!bertuahnya kamu Ammar.....
 
Azan Subuh....
 
Allah... aku tidak mampu meneruskan lagi dikala ini.. sungguh! T_T
 
 
************************************************************************************
 
Khamis.... 21/11/2013... 3.46 pagi... LCCT, Kuala Lumpur.
 
Kenderaan bersayap AK5649
Penerbangan dari kenyalang ke ibu kota 10.15 - 12.15 pagi....
 
Sengaja aku membeli tiket lewat tengah malam dari Miri - Kuala Lumpur....
Sengaja aku mghabiskan 8-9 jam begini smentara menanti pnerbangan sterusnya ke Kota Bharu pd esok hari....
Tanpa rasa utk lena atau mamai walau seminit.....
Sengaja.... agar dapat melepak keseorangan di tepian lapangan...
ditemani manusia-manusia yang tidak dikenali...
aku suka melihat mereka.... pelbagai versi...
ke sana... ke mari.... entah!.... masing-masing punya hal sendiri....
 
Dan.... aku meneruskan "penangguhan" yang masih bertanda koma kerana tidak mampu menangkis airmata yg turun merembes lebat semalam..
 
Aku ingin benar untuk tahu..... siapakah Ammar?
 

 Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

☞ Biodata Ahmad Ammar Ahmad Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
 
 
Perkongsian dari bonda Ahmad Ammar iatu Puan Azlina
 
Allahu...rupa2nya anakandaku ingin syahid di bumi Syria!!!

Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda, Ahmad Ammar
meminta izin utk menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung Sept yg lalu. Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting buat beliau..."Pergilah....yg ...penting, make sure u take good care of yourself."

Tidaklah saya ketahui sehinggalah dlm pertemuan dgn pelajar2 Msia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau bahawa rupa2nya beliau sgt menginginkan syahid di bumi Syria.....

Lebih sebak di dada apabila shbtya berkongsi bhw semasa di sana Almarhum telah bermimpi berjumpa "bidadari di syurga"....

Namun syahidnya telah tertangguh sehinggalah beliau kembali ke bumi AlFateh....

Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:

"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari

Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.
Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!

(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)
 
 
Perkongsian dari kakak Ahmad Ammar iaitu saudari Nabila
 
Never thought this would be the last conversation with him..When he told me that he wanted to be one of the shuhada' in Syria, I seriously thought that he was just simply saying it..Never crossed my mind that he was really meant it..now, with Allah's will, you are one of the shuhada' my dear Ammar..the shaheed who seek for knowledge n plan to share it with others..all of us are proud of u..
 
 
Perkongsian daripada Hasrizal@Saiful Islam...
 
 
 
 
Mati itu benar!! Kitalah si ‘bodoh’ yang sering alpa dan melupakannya.
 
Al Fatihah keatas kesayangan semua, tenanglah dikau di sana.... salam rindu btmu...
Ahmad Ammar Ahmad Azam...
 
الفاتحة

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّين

آمِيّنْآمِيّنْآمِّيْنَيَارَبَّالْعَالَمِيْن
 
Semoga kita tidak leka dan hanyut dengan dunia penuh tipudaya ini ya Allah....ameen ya rabbal alamin....
 
 
Dan kepada kesayanganku,
yg jauh  beribu batu di sana,
jaga diri...
jaga iman..
jaga hati...
smoga Allah dan sluruh para Malaikat sntiasa melindungi dan merahmatimu...
ameen ya rabbal alamin....

Wassalam...
Suraya Harun, LCCT...
Khamis, 4.15 pagi...
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, July 12, 2013

~ Selamat Hari Kelahiran Cinta ~

Assalamualaikum W.B.T...  salam Ramadhan al- Mubarak... ^ ^

sihatkah anda? Alhamdulillah.

Saat ini aku belum mandi. Malas. Berteleku di hadapan televisyen yg hanya bersuara tanpa cerita menarik. Ditemani secawan kopi yg dibancuh mesra brsama beberapa keping biskut cap ping pong. Jari jemari laju mengetik keyboard mengimbas kenangan bersama cinta.

12 Julai 1944, selamat hari lahir kesayangan, Harun Bin Abd Ghani... ^^

*************************************************************************

SURAYA BERMULA DISINI
Aku dibesarkan di asrama. Dari tingkatan 1 hingga 6 atas di sebuah sekolah agama pinggiran desa. Dalam kategori pemalas, dan "terpaksa" mengikuti peraturan2 asrama yg agak ketat. Hingga kini aku masih berfikir mengapa ayah bonda brkeras mahu aku mnjadi penghuni aspuri SMKANI sejak form 1. Aku rasa mcm masuk penjara. terkurung tanpa televisyen. ya, disaat manusia2 sebaya yg masih berhingus utk berdikari, masih terpinga2 utk membasuh baju sndiri dan masih tidak pandai utk mengurus diri trutamanya ketika "keuzuran". Maka, aku melangkah dan menerjah persekitaran asing itu bersama sahabat2 lain. Cuba dlm kepayahan.





Aku anak bongsu dlm keluarga. selama ini bonda menguruskan hal diri, dari pakaian dalam hinggalah apa yg aku makan. barang2 semua bonda "packing" kan stiap kali menuju ke rumah kedua (asrama). Pastilah agak asing utk aku menguruskan semua perkara itu brsendirian pd usia 13 tahun. kekok. Kami hanya dibenarkan pulang kerumah 2 minggu sekali. Lalu aku akan pastikan selepas Isyak di hari Khamis, dengan memakai jubah hijau yg xperlu digosok, jilbab labuh persis ustazah dibawah paras siku, aku brsama2 pelajar2 perempuan lain beratur di hadapan telefon awam utk menelefon bonda.

aku: " mok, marilah asrama kito esok. esok hari jumaat."
bonda: ho mok gi nga ayoh mu. nk make gapo?
aku: nk nasi berlauk, som tam, sekut banyok skit, pah roti, nk air gas, nk pitih, cekedih, milo nk hbis doh, nk bocong air baru, pah baju kurung.
bonda: ok, siap2 baju kotor 2 buh dale beg.


Dan stiap hari Jumaat, kira-kira  jam 11 pagi, ayah bonda datang ke asrama slepas membeli barang2 di pasar tani Kuala Besut yg jaraknya hanya 200m dr asrama aku. Lihatlah dunia, saat itu akulah manusia yg paling gembira. Sekilas menjeling angkuh dan bangga kpd kwn2 yg terkebil2 krana ibu bapa mreka tidak dtg melawat.


" Assalamulaikum, perhatian kepada Suraya Harun, Dorm H, sila ke pondok pengawal skrg kerana ibu bapa anda dtg melawat"

(Pengumuman dari bilik warden)

Aku menjerit dan cepat2 bangun dari katil "yahooooooooooooo ayoh mok aku mari!!!' yeeehaaaaa............ agak bergegar dorm H tika itu dgn suara aku persis kuntilanak dan membantutkan sahabat2 yg sdg mengulangkaji serta mengejutkan mereka dari tidur.


Langkahan laju, masih menyarung jubah hijau yg dh smggu lebih xdicuci, terus memakai jilbab putih yg kedut seribu tanpa anak tudung, kadang2 rambut berjuntaian bberapa helai mengintai dunia, aku hanya mmbiarkan. Terus mengambil beg yg berisi baju2 kotor selama smggu.



Aku turun dari tingkat 3, aku berlari keluar melepasi surau sekolah dan terus ke pondok pengawal. Kelihatan susuk tubuh ayah bonda sedang melihat aku dr jauh smbil trsenyum. cepat2 aku cium tangan ayah dan cium pp kuat2, dan sambil memeluk erat, aku terus berdialog dan berlakon manja.

" Encik Harun, smpai hati tinggalkan sayo seminggu sini... huwaaaa, encik harun xsaye sayo ko? uwaaaa, waaaa waaaa, sy xse duk siniiii.... uwaaaaa..... eh ado nasi, jom make dulu hahahahaha," buat2 menangis sperti dlm drama serta ketawa sperti org gila.

dan ayah aku hanya tersenyum kambing melihat reaksi aku sperti  hilang kewarasan. Aku menerpa ke arah bonda pula dan melakukan adegan yg sama, tiada beza. aku salam, cium pp kanan kiri dahi kuat2, dan peluk hingga bonda lemas.

" huk aloh, xmalu kokre mu nih. make2 nuh dop"  sambil meleraikan pelukan itu.

Aku menjamu selera sgguh2. sengaja membiarkan perut kosong tidak bersarapan di dewan makan. Biasanya bonda akan bawa makanan yg dimasak serta yg dibeli dr pasar tani. dipendekkan cerita, bonda membawa makanan2 yg dipesan, duit belanja dan beg baru berisi baju2 yg bersih dan wangi bauan softlan. manakala aku memberi beg berisi baju2 kotor utk bonda cuci.

pemalas kan?



dan begitulah rutin harian, mingguan dan bulanan aku . Jangan sangka panas hingga ke petang, rupanya mendung di subuh hari. Rutin itu hanya brlaku setahun sahaja hinggalah usia meningkat setapak lg. Di tingkatan 2, segala rutin trsebut aku pikul sendirian. kata bonda aku dh besar dan baligh. Maka, stiap gadis perlu dan wajib belajar menguruskan diri sendiri. Titipan itu aku dengar dgn hormat dan mulai hari itu, aku belajar sedikit demi sedikit utk menjadi "dewasa".


Asrama dinaiktaraf. Sebuah dorm dijadikan bilik dobi. beberapa mesin basuh dimasukkan serta seorang wanita ditugaskan utk mmbersihkan baju kami. Aku sedikit bermaharajela dengan menghntar skurang2nya 3-4 buah beg berisi baju2 kotor utk dibasuh disaat pelajar lain hanya dibenarkan mghantar 1-2 beg sahaja. Ah, peduli sahaja. Mana aku pandai basuh baju.

Bermula hari itu, aku mengenal erti kematangan dengan melihat sahabat2 yg pndai menguruskan diri. aku tengok, aku hayati dan aku ikut apa yg mreka lakukan. Dari membasuh baju, menjemur, menggosok hinggalah cara mereka mengemas katil. Kedewasaan aku bermula disitu. Terima kasih sahabat2.


FORM 6, GAMBAR FORM 1 XDE

*****************************************************************************


Baiklah, berbalik kepada tajuk karangan kita pd hari ni. Sempena bulan Ramadhan yg mulia ni, aku ingin kongsikan kenangan berpuasa bersama ayah.




Ayah aku seorang yg garang. sangat garang. Kata abang dan kakak terdahulu, mereka merasai zaman "garang" itu dan aku bernasib baik terlepas, sbb ayah dh cool bila sdikit berusia ni. ya, aku hanya mampu mndengar cerita "kegarangan' ayah dr abg dan kakak sbb aku sendiri xpernah melalui pengalaman itu. Sejak kecil, kami dilatih utk berpuasa. Wajib. No excuse.


Ayah aku amat concern bab puasa. sangat2 ambil berat. Bila aku di asrama, aku sengaja telefon bonda bagitahu yg aku puasa sunat isnin dan khamis dengan harapan agar bonda dtg melawat. Biasanya, bonda xdatang sbb nk uruskan masak kt rumah. Ayah datang dengan motor cabuknya sambil membawa banyak "giler" makanan.

Bila ayah datang, makanan yg dia bawa 2 xterjangkau dek akal nk habiskan. macam nk bagi 10 orang makan pn ada. kalau sedekah kt surau, cnfirm masih ada lebihan. Ada dua sebab ayah akan terus datang ke asrama lawat aku dengan cepat.

1. Aku puasa sunat.
2. Aku demam.

So, utk pastikan ayah datang asrama, nak xnak, aku kena puasa sunat. Nak tunggu demam jarang2 kan. ^^. Dan bila ayah tahu aku puasa, ayah sanggup cari pasar malam walaupun agak jauh dr rumah utk beli makanan. Xkira aku  berbuka kat asrama atau kt rumah.

"mek nok make gapo ni ayoh gi beli? " . soalan lazim yg dia tanya. 





dan perkara2 inilah yang membuatkan aku brsemangat nk berpuasa sunat isnin khamis, apatah lagi puasa penuh dibulan Ramadhan. Bila kat rumah, ayah terawih kat surau hujung kampong, aku dan bonda berterawih di surau arwah tokki aku. Hinggalah aku berjaya sambung pengajian di U.P.S.I. Bila badan ayah xberapa sihat utk berterawih di surau, aku dan ayah berterawih bersama2 di rumah sahaja.

Dari ayah mampu berdiri tegak mnyelesaikan 20 rakaat terawih, hinggalah ayah sembahyang duduk atas kerusi menyelesaikan 8 rakaat, aku sentiasa jadi makmum yg setia. Ayah sihat. cuma kadang sakit pinggang, xmampu utk berdiri lama.  Setiap kali selesai solat, ayah akan bertazkirah. Jutaan pesanan, nasihat, titipan terngiang2 dalam kepala aku, Walaupun aku xsabar2 nk makan kuih dan minum air bandung biji selasih yg bonda buat, aku tetap dengar tazkirah ayah smpai habis. T_T

"duk mano2 pn jange tinggal semaye mek.. azab....."
"mek kalu kayo seksok jange sombong, sedekoh jarioh la ko ore retek"
"kito ni kalu takbur nga harto kijo dunia xberkat mek, ingat 2"
"keno wak baik nga sapo2, lebih2 nga ore tuo

(Antara titipan2 yg beratus kali ayah pesan.)



InsyaAllah ayah, mek ingat! Terima kasih ayah sebab ayah dilahirkan lain dari yg lain. Bagi aku, sifat/perilaku yg ayah tunjukkan xdapat nk digambarkan dengan kata2. Cara dia bagi semangat kat anak2 utk berpuasa, penghargaan dia bagi bila anak mampu berpuasa dan ajaran dia utk memastikan kami berpuasa dengan relahati tanpa "upah" berbentuk wang ringgit. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi peluang utk aku berbintikan Harun.

Masa berbuka merupakan masa yang sensitif bagi ayah. Dia xsuka anak2 atau cucu2 buat bising. Rutin ayah, dia akan makan kurma dan air suam dulu dan terus solat maghrib. Lepas 2 baru sambung makan makanan berat. Dan aku pulak xmakan sekali, aku cuma makan kuih muih je dulu. Yela, adik beradik ramai lelaki, aku 3 orang perempuan sahaja. Kak long menetap jauh. Maka, aku dan kakak melayan permintaan kekanda2 tersayang hingga mereka habis makan. contohnya tambahkan lauk, tambahkan air, tambahkan nasi . Sejurus selepas mereka habis makan, barulah aku dan kakak makan sbb kami yg akan meng'servis"kan kembali seluruh isi dapur termasuklah basuh pinggan mangkuk, mop lantai dan sebagainya. Ini bukan peraturan ayah, ini bukan perintah abang2. Tapi dah menjadi rutin aku sebagai gadis ayu kot. =p.

Hingga kini, bila kakak sudah berumahtangga dan aku satu2nya gadis bujang dalam keluarga besar itu, maka akulah terkulat2 melihat mereka berbuka puasa dahulu, barulah aku mengambil bahagian utk makan seterusnya menserviskan bahagian dapur sehingga licin dan bersih sambil dibantu anak2 saudara yg sudah menginjak dewasa.

Sekian sahaja perkongsian cerita kenangan bersama ayahanda tersayang. Apa yg aku sedar kini, keputusan ayah bonda hantar aku ke asrama bukanlah kerana kurangnya kasih sayang terhadap aku, tapi mengajar aku menjadi "manusia" yg mengenal erti dewasa dan kematangan serta mampu membezakan dosa pahala. Terima kasih bonda, terima kasih ayahanda.





ayah,

jika intan berlian menjadi kejaran manusia,
bagiku kau paling bernilai.

jika 7 perkara ajaib dunia dihairankan,
kau kurniaan Tuhan paling indah.

jika tokoh2 dunia dijadikan rujukan,
kau tetap idola tiada tolok bandingan.


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN ayahanda harun bin abd ghani,
12 Julai 1944, genap usia 69 tahun pd 2013. tenanglah ayah disyurga Firdausi.

p/s: mohon sahabat2 menyedekahkan al fatihah buat ayahanda Harun Binti Maryam.. syukran jazilan ya sohabat^^














Monday, May 20, 2013

~ rindu cinta hati ~

Assalamualaikum w.b.t ! segala puji2an hanya pada Allah...

Maaf, agak lama tidak berkongsi cerita di ruangan ini. cerita biasa, tiada iklan dan nuffnang. hanya secebis kisah tentang keluarga dan persekitaran. apa khabar pemirsa sejati?

semalam awal benar aku menarik selimut. mungkin agak penat membersihkan prsekitaran rumah sewaan ini brsama sahabat. masa berbaki 3,4 hari lagi sebelum aku berambus terbang ke bumi semenanjung... Alhamdulillah, bumi Miri yg damai telah ku huni genap setahun pada 23052013 nanti. Masih seorang pendidik yang bermusafir, meninggalkan kasih dan cinta di bumi Ulul Albab... dan setiap kali mengingatinya, hati dan jiwa bagai disiat-siat syahdu. Sabar bonda, insyaAllah masanya akan tiba jua nanti...amin... -_-

angka 4 pagi tiba2 aku terjaga. agak lama berteleku di atas tilam empuk bujang dan termenung. aku bermimpi. ayahanda hadir buat kali pertama setelah pemergiannya pada 18 Rabiulawal yang lalu. dan aku melihat wajah ayahanda yang putih bersih persis manusia yang sedang lena sambil mengukir senyuman. Subhanallah! tampan sgguh ayahanda. dalam mimpi itu, ayahanda sedang dimandikan oleh kekanda-kekanda tercinta. lalu, fikiran aku menerawang mengimbas kembali detik2 ayahanda dimandi dan dikafankan. Jika dulu aku berkesempatan menggosok sedikit susuk tubuh ayahanda menggunakan sabun yg diberikan ustaz, tapi dalam mimpi ini aku seolah-olah menjadi penonton yang kaku. Hanya mampu melihat dan menonton sambil tangisan airmata deras menuruni.



cuma seketika.

seketika sahaja mimpi itu berlaku. aku tidak sempat melihat sehingga ayahanda dikafankan. astarofirullahalazim...

subuh itu segera aku menghubungi bonda..
aku menceritakan perihal mimpi yang berlaku. selimut lencun dgn airmata. kata bonda, bila kita bermimpikan seseorang, orang itu sedang merindu kita :'(

ya! sudah melebihi seminggu aku tidak membacakan yaasin dan sedekah al fatihah buat ayahanda. dalam keadaan diri yg uzur dan kekangan kerja yg menggunung, langsung aku terlupa. ayahanda, maafkan aya!  > <




sahabat, aku merayu sdikit pertolongan dr kalian...

tegurlah aku andai aku tersadung arah jalannya. nasihatilah aku andai aku
meraba-raba dalam kegelapan. doakan aku berubah ke arah yg lebih baik. doakan aku tidak terjerumus dan leka dgn duniawi penuh pendusta ini.

aku ingin berubah.





Aku dijadikan dari tanah... Dan tanah adalah kubur... Tempat keberadaanku selepas sakaratul maut... sebelum tibanya hari pembalasan.. Allah menciptakanku... Dan kepada Allah aku kembali... Syurga adalah tempat aku dijadikan...sebelum aku dicampakkan ke dalam perut ibuku... Dan aku berharap... Syurga adalah tempat akanku diami selepas hari perhitungan...

Thursday, February 7, 2013

~ Cinta, damailah kau di sana ~

30 Januari 2013/18 Rabiulawal 1434 Hijrah..



Penat. Peluh seharian mengangkut barang belum lagi hilang. Mencari teduhan baru tidak sesukar mengemas kotak-kotak yg menggunung itu. Aku tertidur dalam keletihan. Esok sekolah seperti biasa, rutin, amanah.

6.15 pagi

Kringgggggg......................................!!! (alarm bersuara)
Ya Allah!.........lewat....lewat........lewatttt!! dengan kepala yg masih berat, sepantas kilat aku mencapai tuala hello kitty dan bergegas ke bilik air. Waktu itu keuzuran, rehat seketika bertemu Sang Pencipta dan tiada masa untuk termenung di hadapan cermin sperti sediakala.

6.30 pagi

Siap mengenakan sutera hijau yg telah diseterika malam sebelum, berbedak dan secalit lipstik berwarna pink di bibir, aku mencapai kunci bilik di atas rak televisyen sambil mata melilau mencari kunci kereta. 10 saat kemudian mata terpana. Ya, di bawah bantal kekabu itu. Tanpa berlengah, aku tunduk mencapai kunci dan bila terbangun....

skreeeettttttttttttttt!!!!!!!!!!!!

kain belahan belakang terkoyak!! uiks, kenapa mesti trkoyak waktu ini wahai kurung? aku mengomel atas kecuaian sendiri. Rosak sutera hijau pemberian kakak tercinta. Sepantas kilat, mata tertumpu pada timbunan baju batik berwarna hitam yg bru dilipat, terus diseterika dan disarungkan segera.laju.

"Eida, kak su nk iron baju jap! '' laung aku dgn nada yg kuat pd hosmate di sebelah bilik.
"dakpe, take ur time!, awal lg nim kak su" (bersahut dgn loghat Terengganu pekat)



6.40 pagi

Kenderaan bertayar 4 menyusur laju ke skolah. Seperti hari2 sebelumnya, aku bergegas ke pejabat, mengambil fail kehadiran pelajar kelas 1A. Siap menanda, aku terus menuju ke bilik guru utk  mengambil buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 sebagai persediaan mengajar sebentar lagi.

7.45 pagi

"Amalan Berjimat Cermat". 
Tajuk pengajaran hari itu. Aku membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan besar. Tugasan mereka ialah melakonkan satu kisah berdasarkan tajuk yang diberi. Lakonan bermula dari kumpulan pertama. Semua pelajar tertumpu ke arah mereka. Khusyuk.

''Cikgu, tel cikgu bergetar?!" suara Kevin yang berada paling dekat dengan meja guru memecah kekhusyukan itu.

Dengan ketawa yg masih bersisa hasil tontonan lakonan kumpulan pertama, aku menjeling ke arah tel, terpapar nama kakak tercinta....."Sis Zaa". Seperti biasa, aku membiarkan sahaja. Adalah tidak professional seorang guru mengangkat alat komunikasi itu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. 

"Cikgu, bergetar lagi! " laung Kevin. Kali ini jelas suara serak2 basahnya.

Aku menunjukkan isyarat jari telunjuk di bibir kearah Kevin dan dia mengangguk faham. Namun, getaran itu tidak berhenti. terus bergetar seolah2 benar2 minta di angkat. Aku menjeling lagi. Paparan nama telah bertukar kepada "My Lovely Parents". Oh bonda! Jarang sekali bonda menelefon di awal pagi kecuali perkara sangat penting. Aku mengangkat laju.

Tsk tsk tsk tsk, kol abe dik..kol abe..!!!!
sayup2 kedengaran suara syahdu kakak tercinta di hujung talian. 

suara aku? hanya mampu melontarkan persoalan...
"bakpo ni? bakpo kak? bakpo nangis?ya Allah bakpo?
Teeeettt...........Talian terputus.!

Dengan wajah yg penuh tanda tanya, dan seakan memahami keadaan aku yg kelam kabut, pelajar 1A hanya diam seribu bahasa. Sunyi seketika...

Tel bergetar lagi. kali ini terpapar nama "Brother Malek". 1 nama yg tidak asing, kekanda ke 3 dlm keluarga yg menjadi sumber inspirasiku selepas ayahanda. 

" Adik, ayah xsedar! Ambek flight kelik pg ni jgk".

Arahan yg ringkas dan aku menapak laju keluar dari kelas meninggalkan anak didik yang masih terpinga-pinga utk mengerti apakah sebenarnya yg berlaku.



8.45 pagi

Lapangan Terbang Miri. 
Dihantar oleh 2 org kerani sekolah yg cukup baik pekertinya. Pertama kali pulang dengan hanya beg laptop dan beg tangan. Sehelai sepinggang. Hati berdebar-debar. Lain benar kepulangan kali ini. 

Kenapa ayahanda tiba2 tidak sedarkan diri?
ayahanda jatuhkah?
berita apakah yg menganggu ayahanda?
ya, sudah 16 tahun ayahanda berulang alik ke HUSM utk pemeriksaan jantung dan darah tingginya... tapi 2-3 hari ini ayahanda sihat walafiat! hinggakan sehari sebelum masih mampu memandu kereta ke HUSM untuk pemeriksaan rutin tiap2 bulan. 

Oh!! bertubi2 soalan menerawang dibenak membuatkan aku separuh waras dan terus mendail no kakak sulung.

''Dik, ayoh dik..ayoh............! suara kakak bercampur esak tangis.
aku diam. sengaja terus mematikan perbualan. aku tidak mahu mendengar penghabisan ayat itu. Laju kaki menapak ke kaunter AirAsia. Selesai urusan, alhamdulillah flight ke ibukota pada angka 9.55 pagi dan Kota Bharu pada 1.35 petang. Check in.





9.30 pagi


Bersedia berlepas. Tel kehabisan bateri. 1 sms masuk dr seorang kawan.

" ada ambulans depan rumah, org pn makin ramai. ayoh mu sakit ko su?''




******************************************************************************



12.40 tengah hari


Lencun. Kuyup. Basah dengan airmata. Pertama kali menjejakkan kaki ke ibukota dengan airmata yang syahdu! Batik hitam yang gelap seolah-olah memahami kesedihan aku kerana mampu menyembunyikan tanda pakaian dibasahi airmata. Oh, perjalanan dari Miri yang amat lama bagi aku. Andai diberi sayap, akan aku  terbang menyusur laju merentasi Laut China Selatan dan andai diberi kuasa memutarkan waktu, akan aku segerakan masa sesegera yang mungkin.

Masih belum check in. Flight ke KB pada angka 1.35 berbaki 45 minit sahaja. Deringan tel bertalu2.. Aku hanya mengangkat tanpa suara. X mampu. 


"Maaf cik, dah xblh check in. Masa dah suntuk! check in skurang2nya 1 jam sebelum cik.'' tegas pramugari di kaunter 56 itu. Next flight ke Kota Bharu pukul 4 ptg cik.


Terduduk di lantai LCCT.
Hujan di luar lapangan lajunya seperti airmata yg merembes di pipi. 
Aku tekad. mencuba untuk merayu.

"Cik, tolong saya cik! ayah saya tenat. saya perlu pulang segera! saya beli tiket last minit tadi di kaunter Miri n xdpt check in terus utk ke KB. tolong, saya merayu. Berapa sahaja denda saya bayar asalkan dpt naik flight skrg!! (bersungguh2 suara aku memberi penjelasan).

Manusia yang mempunyai kulit wajah yg halus dan pipi yang gebu itu memandang tepat ke dalam anak mata, seolah-olah mengerti dan simpati dengan apa yang aku jelaskan. Pramugari itu menggunakan walkie-talkie dan berbicara menggunakan bahasa penjajah. Aku membatu sambil berdoa agar dipermudahkan olehNYA.

"Ok cik, bayar RM10 dan seberapa segera masuk ke balai berlepas ya!" kata gadis itu.

1.35 petang

Flight delay selama setengah jam utk ke Kota Bharu! dan sewaktu menanti penerbangan dengan sabar, aku menerima 1 panggilan.

" Adik, naik flight dop lg? abe tunggu kat airport doh ni! hati2 bwk beg, jange wak nana la maso2 gini dik, keno soba. Ayoh kito xdok doh dik. Ayoh duk tunggu nuh. Pakat tunggu adik blako nok mandi n hantar ayoh."



Innalillahiwainnailairoji'un...........................
Harun Bin Abd Ghani...

sebagai ayahanda...
sebagai perwira ...
sebagai kesayangan... 
sebagai motivater ...
sebagai pelawak...
sebagai sahabat...
sebagai guru...
sebagai ustaz...
sebagai kawan..
sebagai doktor..

segala kekuatan/semangat/kejayaan aku hari ini kerana ayah! aku terduduk di LCCT. Tidak mempedulikan ratusan mata yang memandang. Raungan aku tika itu tidak pernah walau sekalipun aku lakukan di khalayak ramai selama 26 tahun hidup di muka bumi Allah ini.

"Ayoh, Ya Allah....... Ayoh.... bakpo ayoh xtunggu adik! bakpo ayoh?? raungan aku mengejutkan manusia di situ sehinggakan ada yang datang menghulurkan tisu dan mengurut bahagian belakang tanda simpati. Tiada persoalan dari mereka. Mungkin mengerti apa yang sedang berlaku kerana aku xmampu untuk berkata-kata.

Ya, sungguh beremosi. Datanglah sesiapa sahaja yg memberi nasihat. Datanglah sesiapa sahaja menenangkan jiwa ini, sesungguhnya aku tidak mampu berfikir dengan logik akal tika itu. Keseorangan. Di tengah2 lautan manusia. Menerima perkhabaran insan paling tersayang meninggalkan kita. Mana mampu aku tenang!

Flight ke Kota Bharu memakan masa selama 55 minit. ah, lambat benar masa berdetik. Aku termenung jauh, airmata tidak berhenti walau sesaat sejak di bumi Miri lagi kerana....

~ aku tidak lagi menjadi pencerita terhebat kepada ayahanda setiap kali pulang ke kampung.
~ aku tidak lagi tidur beralaskan lengan ayahanda hingga dewasa kini.
~ aku tidak lagi menemani ayahanda ketika makan sambil gelak bersama.
~ aku tidak lagi bangun pukul 4 pagi menemani ayah ke HUSM untuk pemeriksaan kesihatan.
~ aku tidak lagi mendengar nasihat, mendengar azan alunan ayat Al Quran sebermula subuh hari dan menjadi imam tarawih buatku.
~ aku tidak lagi mengurut ketika ayahanda lenguh balik dari kebun buah-buahan
~ aku tidak lagi ketawa mendengar ayahanda berjenaka 

tidak cukup ruang jika aku senaraikan kenangan2 dan kasih ayah! -_-



3.50 petang

Tiba di Besut. Kaku sungguh kaki mahu melangkah dari kereta. Aku di hadapan rumah usang yang menjadi teduhan kami 9 beradik. Seolah-olah seperti sebuah drama Melayu yang berlaku. Aku melihat ratusan manusia dan puluhan kenderaan di hadapan rumah sehingga menenggelamkan pokok bunga kertas yang merimbun.

Kaki melangkah laju ke tangga rumah. Ekor mata melilau mencari bonda. Kelihatan sanak-saudara sedang berbisik-bisik sesama mereka sambil memandang aku. Mungkin mereka mengiyakan kata2 bonda bahawa akulah anak bongsu dlm keluarga yang ditunggu2 pulang sejak pagi hari sebelum mandi n kafankan ayahanda.

Aku cium tangan bonda. Aku cium pipi bonda. Bonda sungguh kuat. Tiada setitik pun air jernih mengalir di pipi. Bonda berbisik mengatakan ayahanda baru dimandikan. dan aku meminta diri untuk bertemu ayahanda. Ramai sungguh mata2 yang melihat setiap langkahan ketika menapak bertemu ayahanda.

5 orang yang cukup dikenali berada di samping ayahanda. 3 orang sepupu sepapat yang turut membantu menguruskan ayahanda. Maaf, aku masih tidak mampu untuk menggunakan perkataan "jenazah" atau "mayat" tika ini. 

Tenang sungguh wajah ayahanda. Seakan-akan tidur. Kata mereka, wajah pesakit yang meninggal kerana serangan jantung akan kebiruan-biruan.  tapi ayahanda tidak. Kacak seperti sediakala.  Oh ayah, hanya Allah yang tahu betapa aku sayang padamu!

Aku meminta izin dari ustaz untuk mandikan ayahanda. Ustaz mengiyakan dan memberikan sebuku sabun. 



"Assalamualaikum ayoh, maaf kito lambat sampai! ayoh duk molek2 deh, kito nak mandi ayoh ni. Bismillahirrohmanirrohim.....

aku sabunkan kepala ayahanda dengan lembut. aku sabunkan dada, tangan dengan terurus. Dengan tangan aku yang terketar-ketar menahan sebak tangis, aku jirus air putih di seluruh tubuh ayahanda hingga ke kaki. Semua lelaki yang berada di bilik itu seakan-akan memberi ruang untuk aku mandikan ayah walaupun seketika.

Dan ustaz serta abang-abang tersayang menyambung kembali tugas terakhir mereka untuk mandikan ayahanda dengan sempurna. Ketika itu, aku tidak melepaskan peluang melihat saat2 ayahanda dimandikan walaupun sahabat2/kakak/saudara mara datang menerpa memelukku erat.

Alhamdulillah, ayah selamat dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan dengan sempurna. Kekanda tersayang sebagai imam solat. 
Maaf ayah! adik keuzuran... tidak mampu untuk menyedekahkan surah Yaasin ketika ayah masih di rumah usang kita.




Dan ayahanda disemadikan di tanah perkuburan Kampong Seberang Kastam yang terletak hanya 10m dari rumah usang kami. Ketika bacaan talkin bergema, pesanan-pesanan ayahanda menerawang di kepala.

~ aya, duk rumoh ni jd anok bongsu blh la nok wat manjo pn! duk bwh tiok ayoh mok skmo. nok gapo pn ore bui, tapi duk tempat ore keno jd anok sulong deh. berdikari. diri atah kaki sndiri.

~mek, ingat ayoh pese ni. jange tinggal semaye mek. azab. ingat deh, jange tinggal semaye!

~ aya, ayoh tulis dh doa2 mu nk g jauh 2..jange lupo amal 2.

~ mek, biala ore wat nayo kito. kito ni jange wat nayo kokre. xbaik.

~ mek, blaja bena. ingat kito ore xdok ni keno blaja sgguh.

~ aya, kalu Tuhe bg mu rezeki lbh, jange lupo sedekoh. Jange hino ore bwh kito. sedekoh mek!


...... dan beratus-ratusan nasihat/peringatan untuk aku.... sugguh, xmampu aku menaip lagi tika ini. -_-


 hadiah terakhir buat ayahanda



Ahad/ 3 Februari 2013.

Tiba di Miri. Malam itu aku mengemas barang2 ke rumah baru. Aku bawa bersama sehelai kemeja ayah yang dipakai sehari sebelum pemergian ayah. Bau badan ayahanda masih kuat berada di kemeja itu dan menjadi peneman setia dikala lena. Aku juga menemui buku nota 555 yang terdapat doa2 hasil tulisan ayahanda ketika baru melanjutkan pengajian ke Upsi 5 tahun lalu.

~ Doa jauh dari sihir
~ Doa pendinding diri
~ Doa perjalanan jauh
~ Doa apabila terkena api
~ Doa terlekat tulang
~ Doa ketika mahu tidur...

  dan banyak lg...
  ya Allah, ayah............................



5 hari ayahanda pulang ke rahmatullah, aku terbang ke Miri menjalankan amanah seperti biasa setelah cuti ditolak. Hanya sahabat2 yang benar2 mengenali aku bahawa Suraya Harun adalah seorang yang amat komited terhadap tugas sejak zaman pengajian lagi. Segala amanah dan tanggungjawab akan aku lakukan sehabis baik.  Datanglah apa jua kerja, pasti aku lakukan dengan bersungguh2., insyaAllah. Namun, aku jua manusia biasa. Punyai hati dan perasaan , punya kelemahan yg kudus. Apabila melibatkan soal ibu bapa, aku tidak mampu untuk berpura-pura seperti tiada apa2 yang berlaku. Ya, aku hidup kerana Allah dan mereka. Aku tidak mampu untuk megajar seperti biasa. Kaki seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata. Fikiran menerawang jauh mengimbas memori bersama ayahanda. Maaf, aku xmampu. Bagi aku masa. 

Jangan bimbang. Menjadi seorang guru adalah impian ayahanda terhadap aku. Aku akan terus pegang janji-janji ini. Alhamdulillah sekurang2nya aku telah merealisasikan impian ayahanda. Selepas ini, akan ku galas tanggungjawab ini seikhlas mungkin demi ayahanda.

Aku berkongsi cerita bukan meminta simpati. Tapi sebagai peringatan bersama agar menjadi anak yang terbaik dunia akhirat. Kala ayahanda dan bonda masih ada, hargailah/bahagiakanlah mereka sungguh-sungguh. Jujur, aku masih belum puas hati membalas jasa mereka yang sememangnya xterbalas itu!

Semua ayah di dunia ini paling terbaik bagi stiap anak.. tapi ayah aku terbaik kuasa dua! tiada tara. Al fatihah untuk ayahanda Harun Binti Maryam. Ayahanda pergi dlm keadaan sihat walafiat. Serangan jantung secara mengejut. pemergian yang sungguh tenang dalam tidur di subuh hari..30 Januari 2013 bersamaan 18 Rabiulawal 1434 H.... 


p/s: Terima kasih kepada semua sahabat2 yang banyak memberikan nasihat/ memberikan semngat/menitipkan doa, sahabat yg ramai hadir dan bersama2 melihat ayahanda disemadikan. Untungnya bila berkawan ramai, kita akan sentiasa diambil berat! Terima kasih sahabat2 skolah rendah, menengah,ppyit, Upsi, dan seluruh sekalian alam.  Tidak lupa juga buat pensyarah2, guru2, sanak saudara yang mengucapkan takziah. Maaf, sue xdpt nk membalas beratus2 sms/beratus ucapan dlm inbox fb dan beratus2 panggilan yang masuk tempoh hari. Tiada kudrat. Hanya Allah mampu membalasnya.  Pinjam masa 2 minit sahabat untuk sedekah Al Fatihah buat ayahanda tersayang, atas nama Harun Binti Maryam.

Wassalam ~ ...........................