Thursday, September 22, 2011

~Memori 25 Adiaruz~

Sudahlah...
Usah berteleku lagi!
Biar saja angka ini bernokhtah,
Lemparkan rintik-rintik duka,
Buang kisah "itu" jauh-jauh,
peduli, tutup mata, cukup!
ceritera "hancing" dulu biar kebas sendiri,
biar terurai sayup-sayup keresahan jiwa,
susup tertusuk manik ternoda!

kerana aku tahu,
kerana aku ada,
kerana aku disitu,
kerana aku bersama distiap penjuru,
menyusur alur angka 25 itu,

Hari ini,
pedulikan smua pura-pura,
biar mampos bersepi,
ayuh selak helaian baru,
biar tebal "merdeka" di bibir,
mencari cahaya kudus,
kejar, genggam, rapat!
sinar cahaya cinta,
cinta Robbul Izzati...cinta manusia disisi,
kerana kau srikandi jiwa fansuri.............

:: dedikasi bt gadis ini, sahabat dulu dan kini, 25 tahun sudah mengenali, terpaut hati budi ::
Nor Zuraida Hasan dihari lahirnya.."22 September"

~selamat ulangtahun kelahiran ke-25 zue~

No comments:

Post a Comment